Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Trio Boling Wanita Negara...

SKUAD negara yang diwakili Shalin Zulkifli, Esther Cheah dan Sin Li Jane meraih...

“Saya Bukan Wira, Itu...

PUTRAJAYA - “Ini bukan tentang saya, tetapi apa yang kita (rakyat) boleh lakukan...

Tahun Melawat Terengganu 2017,...

KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu akan memperluas aktiviti rondaan dan kawalan keselamatan sebagai...

Tunjuk Kemaluan, Pemandu Teksi...

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu teksi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang...

Polis Tahan 2 Lelaki Bersama 600kg Daun Ketum

ALOR SETAR – Polis menahan dua lelaki dan merampas 120 bungkusan daun ketum seberat 600 kilogram yang dianggarkan bernilai RM18,000 di Jalan Batu 27, Naka, Padang Terap, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, DSP Noh Idris berkata kedua-dua lelaki tersebut berumur 19 dan 27 tahun ditahan di dalam sebuah van jenis Toyota Hiace pada pukul 2.30 pagi.

“Kita telah menahan van tersebut semasa sedang menjalankan Op Tapis dan hasil pemeriksaan telah menjumpai 120 bungkusan plastik hitam mengandungi daun ketum yang dibalut dengan plastik lutsinar yang dijumpai di bahagian belakang van berkenaan.

“Kedua-dua lelaki yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap untuk tindakan lanjut bersama barang kes yang lain,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. – BERNAMA

Kategori