Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Barangan Bernilai RM160 Ribu...

KUANTAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pahang merampas barangan...

Penarik Kereta Tak Mengaku...

KUANTAN - Seorang pemilik trak tunda mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Flydubai Tempah 225 Pesawat...

DUBAI - Ketika China awal bulan ini memuktamadkan kontrak pembelian 300 buah pesawat...

Pantau Anugerah Datuk: Banyak...

DALAM sejarah kesultanan Melayu, anugerah diraja satu penghormatan. Sejarah anugerah bukan baharu. Lebih...

Polis Tahan 3 Remaja Lelaki Ragut OKU Di Kulim

ALOR SETAR – Polis menahan tiga remaja lelaki yang cuba meragut seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) di hadapan sebuah bank di pekan Kulim, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Supt Ahmad Nasir Jaafar berkata dalam kejadian pada 5.30 pagi itu, empat anggota polis yang sedang melalui kawasan pasar awam berhampiran, terdengar jeritan dari arah bank berkenaan.

“Dua anggota polis bergegas ke lokasi kejadian dan melihat seorang lelaki yang memegang satu objek panjang, sedang menarik beg sandang milik mangsa manakala dua lagi suspek berada di atas motosikal jenis SYM E-Bonus.

“Suspek kemudiannya melarikan beg sandang mangsa dengan membonceng motosikal bersama dua lagi rakannya, namun semua suspek yang berumur 16 tahun itu berjaya ditahan di Jalan Kilang Sagu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Ahmad Nasir berkata pihaknya menemui semula beg sandang mangsa yang berisi wang tunai sebanyak RM29 serta telah merampas tiga telefon bimbit milik suspek, satu batang paip dan sebuah motosikal yang digunakan untuk melakukan jenayah tersebut.

“Kesemua suspek mengaku terlibat dalam kejadian tersebut dan siasatan akan diteruskan selepas perintah reman diperoleh. Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan,” katanya. – BERNAMA

Kategori