Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Penjawat Awam Perlu Terap...

KUALA SELANGOR - Penjawat awam perlu menerapkan budaya 'Cari dan Bantu' dalam menjayakan...

Soal Kahwin, Emma Maembong...

EMMA Maembong memberitahu bahawa dia dan Kamal Adli mahu mendirikan rumah tangga, namun...

Video: Biri-Biri Diseksa Teruk...

Memang sadis dan kejam!Itu yang dapat dirumuskan setelah menonton video kekasaran pekerja mencukur...

MAS Tawar Pengalaman Penerbangan...

SYARIKAT Penerbangan Malaysia (MAS) menawarkan pelanggannya peluang menaik taraf tempat duduk mereka dengan...

Polis Uzbek Angkat Sumpah Depan Al-Quran Tolak Rasuah

POLIS di sebuah daerah dekat ibu negara Uzbekistan membuat pembaharuan mengejutkan apabila mewajibkan anggota bersumpah dengan al-Quran tidak akan mengambil rasuah atau peras ugut.

Amalan bersumpah ini menepati usaha Presiden Shavkat Mirziyoev mengemukakan dirinya sebagai pembanteras rasuah sejak berkuasa pada September 2016, bertentangan dengan bekas presiden sebelumnya.

Sumber di kementerian dalam negeri Uzbekistan memberitahu media yang upacara angkat sumpah ialah sebahagian program negara di bawah dikri Presiden Mirziyoev.

Seorang sumber kementerian dalam negeri berkata anggota polis diwajibkan menjalani latihan selama tiga sesi dan mengangkat sumpah di depan al-Quran di daerah tersebut yang diarahkan oleh ketua polis.

Tidak ada arahan daripada presiden atau kementerian dalam negeri untuk bersumpah dengan al-Quran, kata pegawai terbabit.


Bagaimanapun, upacara angkat sumpah diadakan dengan dikendalikan oleh ketua imam dari dearah Yukorichirchik.

Di media sosial, ramai berkata apa yang berlaku ini sangat bertentangan dengan keadaan semasa di bawah Presiden Islam Karimov yang memerintah Uzbekistan selama 26 tahun.

Sepanjang tempoh pemerintahan Karimov, pihak keselamatan mengambil langkah keras menyekat dan menahan ahli gerakan Islam. – RFE/RL

Kategori