Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kritik Persembahan Sufi Tak...

SEMALAM menyaksikan sembilan pelajar Akademi Fantasia 2015 (AF2015) mempamerkan persembahan bertenaga masing-masing mengikut...

Peluang Bekerja Di Istana...

ISTANA Buckingham, London sedang mencari pembantu istana yang akan bekerja dengan Ratu Elizabeth...

6 Warga Thai Ditahan...

KEMAMAN - Enam lelaki warga Thailand ditahan selepas dipercayai terlibat dalam aktiviti penyeludupan...

Keluarga Mangsa Tragedi Double...

KOTA KINABALU : Keluarga mangsa pesawat terhempas dalam Tragedi Double Six yang berlaku...

PPBM Tidak Akan Mampu Ganti UMNO

BIARPUN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mendakwa mereka adalah parti orang Melayu dan Bumiputera, namun UMNO pasti tetap jadi pilihan utama bagi Melayu dan Bumiputera.

Ini adalah fakta tidak boleh disangkal sesiapa pun waima UMNO bukan lagi sebuah kerajaan sebagaimana dahulu kecuali di Pahang dan Perlis, tegas Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah.

“Kita yakin PPBM tidak boleh menggantikan UMNO,” katanya. Ujar beliau, penghijrahan keluar beberapa Ahli Parlimen dan ADUN UMNO tidak boleh dijadikan ukuran atau mengatakan UMNO sudah lumpuh.

Ini kerana tindakan mereka ini tidak disertai bersama jumlah ahli yang ramai melainkan hanya beberapa penyokong tegar mereka. Malahan kehilangan mereka juga tidak menyebabkan UMNO dikawasan berkenaan terbubar.

“Sebaliknya apabila mereka bertindak meninggalkan parti, ia dengan mudah diganti oleh pemimpin muda yang lebih baik, bertenaga dan bersemangat.

“Ini dengan sendirinya berlaku proses peralihan kuasa kepada generasi baharu dan pembersihan parti secara semula jadi. Kita perlu ingat, mereka keluar UMNO tentulah antaranya sudah hilang keyakinan dan kesetiaan pada UMNO.

“Jadi, biarlah yang tidak yakin atau setia ini tinggalkan UMNO. Jika mereka terus berada dalam parti ia akan menjadi barah yang akhirnya memusnahkan parti dari dalam.

“UMNO hanya akan kuat jika ahli yang taat setia pada perjuangan ini kekal dalam parti,” kata Shamsul Anuar yang juga Ahli Parlimen Lenggong menerusi kenyataan media di ibu negara hari ini.

Jelas beliau, paling utama ideologi, falsafah serta prinsip perjuangan UMNO tetap kekal utuh biar apapun berlaku. Penghijrahan keluar tidak membawa keluar bersama ideologi, falsafah dan prinsip perjuangan UMNO.

“Justeru UMNO akan terus menjadi parti yang berjuang membela kepentingan Melayu, Bumiputera dan memelihara kepentingan kaum-kaum lain sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.


“Ahli UMNO jangan bimbang perubahan dan pendekatan baru akan terus dilakukan parti. UMNO mahu menang dan kembali berkuasa sebagai sebuah kerajaan. Oleh itu semua pihak perlu fokus, bersama menyokong kepimpinan parti dan bersama memainkan peranan,” ujarnya.

Kepada pimpinan PAS katanya, usah bimbang pada UMNO kerana apa berlaku pada UMNO adalah lebih kurang sama ketika berlaku penghijrahan keluar pimpinan serta ahli PAS apabila tertubuhnya PAN suatu ketika dahulu.

“Biarpun PAN wujud namun PAS tetap kuat, maka biarpun beberapa wakil rakyat UMNO meninggalkan UMNO kita tetap yakin UMNO tetap sebagaimana biasa. UMNO akan terus berperanan sebagaimana ideologi yang dipegangnya.

Malah UMNO akan terus menjadi juara membela kepentingan rakyat, dan pastinya akan merampas kembali kerusi yang hilang. Hakikatnya UMNO sendiri jauh lebih baik berbanding PPBM.

“UMNO punyai sistem pentadbiran yang bersistematik. UMNO mempunyai pimpinan yang tersusun daripada peringkat UMNO Cawangan, UMNO Bahagian, UMNO Negeri hinggalah ke UMNO pusat.

“Jauh berbeza di mana, tidak kedengaran pun mesyuarat cawangan atau bahagian PPBM diadakan hanya diadakan di peringkat pusat sahaja. Ini bukti UMNO mempunyai kekuatan lebih baik berbanding PPBM,” tegas beliau lagi.

Kategori