Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Bunuh Kejam, Rogol, Sumbat...

WANITA merupakan kaum yang lemah dan patut dilindungi oleh kaum lelaki, bukannya dipergunakan...

Sarawak: Mangsa Banjir Berkurangan...

KUCHING - Keadaan banjir di Sarawak semakin surut dengan jumlah mangsa banjir di...

Tarikh Anugerah Industri Muzik...

KUALA LUMPUR - Majlis Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-22 yang dijadualkan berlangsung pada...

Haris Ibrahim Dipenjara 8...

KUALA LUMPUR - Bekas peguam Haris Fathillah Mohamed Ibrahim dihukum penjara lapan bulan...

Presiden Brazil Bakal Bersara Berdepan Pertuduhan Rasuah

RIO DE JANEIRO – Ketua Pendakwa Persekutuan Brazil Raquel Dodge pada Rabu telah mengemukakan pertuduhan rasuah di Mahkamah Agung ke atas Presiden Michel Temer yang akan bersara.

Pertuduhan itu dikemukakan pada hari terakhir Mahkamah Agung beroperasi tahun ini.

Mahkamah itu bakal memulakan cuti rehat pada minggu-minggu akan datang.

Menurut agensi berita China Xinhua, pendakwaan itu adalah hasil siasatan Polis Persekutuan yang menemui bukti bahawa Temer dan 10 lagi telah mengambil bahagian dalam satu skim bagi membantu beberapa syarikat tertentu yang beroperasi dalam sektor pelabuhan di Brazil.

Menurut para penyiasat, Temer telah menandatangani satu dekri yang mengubah peraturan berkaitan konsesi pelabuhan kepada pentadbiran sektor swasta, sebagai pertukaran untuk sejumlah rasuah yang besar.

Dekri itu dilaporkan telah disesuaikan bagi memihak kepada beberapa syarikat tertentu dalam proses konsesi.


Ia merupakan pertuduhan rasuah ketiga yang dikemukakan terhadap presiden itu.

Dua lagi pertuduhan ditangguh selepas Dewan Perwakilan memutuskan untuk tidak meneruskan pendakwaan ketika Temer masih memegang jawatan sebagai presiden.

Bagaimanapun, apabila Temer mengundurkan diri pada 31 Dis, haknya untuk diadili hanya oleh Mahkamah Agung berakhir dan beliau perlu menjawab ketiga-tiga pertuduhan. – BERNAMA

Kategori