Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Viral Pelancong China Belasah...

PERANGAI 'tidak bertamadun' penduduk negara China sememangnya sudah dikenali seantero dunia. Dengan pe'el tidak...

Kajian Terperinci Pisah Fungsi...

PUTRAJAYA - Kajian terperinci sedang dibuat terhadap cadangan pemisahan fungsi pendakwa raya daripada...

Malaysia Gagal Jadi Hos...

PUTRAJAYA - Pengamal Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT) di Malaysia tentunya berasa 'kecewa'...

Mati Dibakar Hidup-Hidup Hanya...

LAGOS - Seorang budak dibelasah sekumpulan perusuh sebelum dia dibakar hingga mati. Kejadian tragik...

Presiden Perancis Arah Pertemuan Redakan Protes Di Paris

PRESIDEN Perancis Emmanuel Macron mengarahkan Perdana Menteri Edouard Philippe bertemu ketua-ketua parti politik dan wakil kumpulan “ves kuning” dalam usaha meredakan protes di Paris hujung minggu lalu.

Protes pada Sabtu lalu menjadi protes paling ganas sejak hampir lima dekad, menjejaskan keamanan kota Paris termasuk kawasan elit.

Sekitar 36,000 orang mengambil bahagian dalam protes di seluruh negara pada Sabtu.

Walaupun jumlah peserta kurang berbanding dua hujung minggu sebelumnya, peserta protes telah bertempur dengan polis, membakar kereta dan membina halangan jalan dengan membakar objek.

Kekacauan ini telah berubah daripada protes terhadap kenaikan harga minyak dan cukai alam sekitar kepada satu bantahan terhadap Macron, kerajaan pimpinannya, dan pertembungan antara elit bandar dengan golongan miskin luar bandar.

Seramai 400 orang ditahan pada Sabtu dan ramai akan dihadap ke mahkamah pada Isnin.


Sebagai sebahagian tindak balasnya, Macron telah meminta kementerian dalam negeri membangunkan pelan bagi menghadapi protes akan datang.

Bagaimanapun, belum ada tarikh ditetapkan bagi pertemuan Phiippe dengan kumpulan ves kuning.

Protes ini pada mulanya dicetuskan sebagai respons kepada peningkatan harga minyak.

Kos diesel meningkat 16 peratus tahun ini, daripada purata 1.24 euro (AS$1.41) seliter kepada 1.53 euro pada Oktober, menurut badan gabungan industri minyak Perancis, UFIP. – Agensi

Kategori