Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Kelahiran Bayi Kembar Bongkar...

Paterson (Amerika Syarikat) - Tembelang seorang wanita yang curang akhirnya terbongkar selepas bayi...

LCS – PH Beku...

Nampaknya ramai yang mahu saya ulaskan tentang isu kelewatan projek kapal LCS.Ikuti Mynewshub: TelegramBaiklah....

Wisma Putra Arah Duta...

PUTRAJAYA - Malaysia hari ini memanggil pulang Duta Besarnya di Pyongyang untuk proses...

Jangan Nafikan Hak Pendidikan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan perlu memastikan cadangan menggantung persekolahan selama setahun ke...

PTPTN Perlu Masa Kaji Semula Kaedah Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan

KUALA LUMPUR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memerlukan tempoh enam hingga 12 bulan bagi mengkaji semula pelaksanaan kaedah baharu bayaran balik pinjaman pendidikan.

Timbalan Ketua Eksekutif (Dasar dan Operasi) PTPTN Mastura Mohd Khalid berkata tempoh itu diperlukan bagi mendapatkan formula baharu kaedah pembayaran pinjaman melalui perbincangan dengan pihak berkepentingan serta mengambil kira maklum balas yang diterima daripada semua pihak.

“PTPTN menerima keputusan yang dibuat oleh Kabinet untuk menangguhkan dasar baharu yang diumumkan sebelum ini. Kerajaan sememangnya berhasrat untuk membantu rakyat terutamanya peminjam daripada golongan B40 (kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah) agar tidak terbeban.

“Kami akan mengadakan ‘engagement’ dengan pihak berkepentingan termasuk pemegang taruh, majikan, peminjam, belia muda dan kementerian yang terlibat,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program Ala Carte Pagi Bernama Radio, di sini hari ini.

Beliau berkata hasil perbincangan akan dimaklumkan kepada Kementerian Pendidikan sebelum pelaksanaan mekanisme baharu itu.


Pada Jumaat lalu (7 Dis) Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengumumkan penangguhan pelaksanaan kaedah baharu bayaran balik PTPTN secara Potongan Gaji Berjadual yang dijadualkan bermula Januari depan.

Dalam pada itu, Mastura berkata semua peminjam PTPTN termasuk yang dikenakan tindakan penguatkuasaan yang membuat penyelesaian keseluruhan baki hutang pinjaman mulai 27 Okt tahun lalu hingga 31 Dis ini layak mendapat diskaun 20 peratus. – BERNAMA

Kategori