Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

BN Akan Bincang Siapa...

SEREMBAN - UMNO menyerahkan keputusan sama ada untuk meletakkan calon bagi menentang Datuk...

Remaja Maut Selepas Dipaksa...

SEORANG remaja berusia 13 tahun meninggal dunia selepas dipaksa berpuasa selama 64 hari di...

Kastam Nafi Jual Gitar...

PUTRAJAYA - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menafikan penglibatannya dalam sebarang kegiatan penjualan...

Ada Orang Curi Nombor...

Bekas menteri kesihatan Khairy Jamaluddin akan membuat laporan polis selepas nombor kad pengenalannya...

Pusat Penempatan Banjir Dibuka Di Dungun

KUALA TERENGGANU – Sebuah pusat penempatan sementara (PPS) mangsa banjir dibuka di Surau Kampung Besol Lama, Dungun pada 1.30 tengah hari tadi.

Menurut laporan portal info banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pusat tersebut kini menempatkan lapan buah keluarga dengan 31 orang mangsa terdiri daripada 18 orang dewasa, sembilan orang kanak-kanak dan empat orang bayi.

Sementara itu Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Banjir Daerah (JPBD) Daerah Dungun, Kapten (PA) Ramlan Ros Wahid ketika dihubungi Bernama berkata mangsa ditempatkan di PPS itu berikutan rumah mangsa dinaiki air ekoran hujan lebat sejak pagi tadi.

Katanya, hujan lebat itu menyebabkan air bertakung dan mula memasuki rumah mangsa menyebabkan mereka terpaksa berpindah segera ke PPS sebagai langkah keselamatan.

“Banjir kali ini bukan disebabkan kenaikan paras air sungai tapi disebabkan air hujan yang turun pagi tadi tidak dapat mengalir dengan lancar ke tempat lain menyebabkan ia bertakung di kawasan rumah mangsa.

Kebiasaanya banjir sebegini ini akan beransur pulih dalam dua atau tiga hari, bergantung kepada keadaan cuaca,” katanya sambil menambah kawasan itu biasa dinaki air setiap kali tiba musim tengkujuh. – BERNAMA

Kategori