Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Bakal Umum Kelonggaran...

SEREMBAN: Kerajaan akan mengumumkan kelonggaran tiga prosedur operasi standard (SOP) utama yang diguna...

Kes Penipuan Dalam Talian...

KUALA LUMPUR - CyberSecurity Malaysia (Cybersecurity) mencatatkan 3,921 kes membabitkan penipuan dalam talian...

6 Ditahan Berhubung Kes...

KOTA BAHARU - Enam suspek termasuk seorang wanita yang disyaki terbabit dalam kes...

Jasad Bobbi Kristina Disemadi...

ANAK tunggal mendiang Whitney Houston, Bobbi Kristina Brown yang meninggal dunia minggu lalu...

Qatar Bantu Malaysia Urus Pelarian UNHCR

KUALA LUMPUR – Kerajaan Qatar akan menyalurkan dana berjumlah US$50 juta (RM209.62 juta) bagi membantu Malaysia menguruskan kebajikan pelarian yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) di negara ini.

Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran berkata kesediaan Qatar itu disuarakan semasa lawatan rasmi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ke negara tersebut akhir bulan lalu.

“Saya difahamkan dana ini akan dilipat ganda untuk menolong mereka (pelarian UNHCR) supaya mereka akan jadi lebih manfaat kepada sistem kerja negara ini,” katanya ketika sesi penggulungan peringkat jawatankuasa Belanjawan 2019 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab celahan Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau) yang mahu tahu mengenai tanggungan kerajaan bagi menguruskan pelarian UNHCR di negara ini dan sama ada mereka akan dibenarkan bekerja secara sah.

Dalam perkembangan lain, Kula Segaran berkata satu mekanisme baharu untuk menangani isu pekerja asing termasuk pembantu rumah yang melarikan diri daripada majikan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Katanya mekanisme itu yang turut didasari model negara luar, sedang diperhalusi. – BERNAMA

Kategori