Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

9 Filem Gagal Box-Office...

ADATLAH jika ada filem yang mendapat keuntungan menggunung dan ada pula filem yang...

Pasangan Suami Isteri ‘Berkahwin’...

PASANGAN suami isteri warga emas di Beijing, China menjadikan ulang tahun perkahwinan ke-70...

Kali Ke-2 Dituduh Cederakan...

KUALA LUMPUR - Penyanyi rock terkenal kumpulan Wings, Awie atau nama sebenarnya Ahmad...

Ronaldo Belanja Semua Staf...

PEMURAH... Bintang bola sepak ternama, Cristiano Ronaldo meninggalkan tip AS$23,200 (RM94,268) di sebuah...

Rakyat Digesa Hindari Tindakan Jejas Perpaduan

KOTA KINABALU – Rakyat digesa menghindari sebarang tindakan menjejaskan perpaduan kaum dan kestabilan negara, selain menolak segala anasir jahat yang suka menghasut, melemparkan tohmahan serta fitnah untuk kepentingan peribadi.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata masyarakat Malaysia berbilang bangsa dan agama seharusnya saling muafakat dan berganding bahu dalam menerajui pembangunan serta kecemerlangan negara.

“Sifat iri hati, dengki dengan sesuatu bangsa itu harus dibuang jauh. Kita sebagai rakyat perlu bangkit bersatu membina kemakmuran dan kemajuan negara Malaysia tercinta.

“Selagi kita bersatu hati dan saling menerima, saya yakin masa depan negara akan lebih makmur,” katanya semasa berucap merasmikan Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Krismas 2018 di Padang Merdeka di sini, malam ini.

Majlis itu dimeriahkan lagi dengan kehadiran tetamu kehormat Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah R.M Jasni.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew merangkap Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; Timbalan Ketua Menteri Datuk Wilfred Madius Tangau; serta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi.

Dalam pada itu, Wan Azizah berkata kerajaan juga akan memastikan agenda pembangunan negara dapat direalisasikan dengan memenuhi semua hasrat dan harapan rakyat.


“Dalam perkara ini, ingin saya tekankan bahawa kerajaan tidak pernah meminggirkan mana-mana kaum dan agama dalam melaksanakan program pembangunan demi kesejahteraan rakyat.

“Setiap tahun kerajaan menyalurkan peruntukan besar untuk badan-badan keagamaan termasuk sekolah dan ini membuktikan kesungguhan, keikhlasan dan komitmen kerajaan dalam membela nasib semua kaum tanpa mengira agama,” katanya.

Wan Azizah turut berharap ketibaan tahun baharu 2019 ini rakyat akan menyahut segala cabaran secara positif selain melihat ia sebagai peluang dan bukannya halangan ke arah meningkatkan kejayaan dalam ekonomi serta pembangunan negara.

Mengenai MRTM Krismas 2018, Timbalan Perdana menteri berkata majlis dihadiri masyarakat pelbagai latar belakang kaum dan agama di Sabah itu memperlihat keunikan kerana kesemua rakyat dapat bersama-sama meraikan perayaan tersebut dalam suasana aman, harmoni dan muhibbah.

MRTM Krismas 2018 anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya itu diadakan antara lain bertujuan memupuk perpaduan dan persefahaman masyarakat pelbagai kaum serta menyemarakkan lagi semangat Malaysia baharu. – BERNAMA

Kategori