Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Virus Covid-19 Semakin Lemah?

Virus korona COVID-19 semakin lemah dan keupayaannya menyebabkan maut juga berkurangan, kata seorang doktor mapan Itali pada Ahad

Baik Pulih Sekolah Daif...

SHAH ALAM - Kerajaan memberi jaminan akan menyegerakan proses perolehan dan perbelanjaan bagi...

Hakim Disaran Letak Ikrar...

PUTRAJAYA - Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria hari ini menyarankan supaya semua...

Aiman Tolak Jumpa 4...

SEBELUM INI penyanyi, Aiman Tino teruk dikecam oleh ahli kumpulan V.E iaitu Damian Mikhail kerana dikatakan...

Rakyat Sahut Seruan Bangkit Bantah ICERD

BANGKIT… Kehadiran ratusan ribu rakyat di Dataran Merdeka bukti jelas mereka sahut seruan untuk bangkit bersama dalam tentang sebarang usaha tidak baik kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Ini termasuk cubaan biadab pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk segera meratifikasi Konvenysen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Diskriminasi Kaum (ICERD) dalam masa terdekat.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika berucap berkata, walaupun PH hanya mempunyai majoriti mudah di Dewan Rakyat, mereka bagaimanapun berani untuk membawa perkara berkenaan ICERD ke Parlimen.

“Syukur kepada Allah SWT kerana telah satukan kita semua pada hari ini untuk tunjukkan kekuatan sebenar kita semua sehingga pihak kerajaan terpaksa buat keputusan secara tergesa-gesa untuk batalkan usaha ratifikasi ICERD.

“Mereka (PH) telah diberi ingatan, jika berani bawa isu ini ke Parlimen, jutaan akan hadir himpunan di jalan raya, tanda demokrasi tetapi penuh aman damai, sejarah buat umat Islam negara ini,” kata Abdul Hadi dalam nada tegas.

Beliau menyatakan demikian pada perhimpunan bantah ICERD #DaulatHimpunan812 di Dataran Merdeka di ibu negara pada hari ini yang turut disertai Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid sendiri.

Perhimpunan anjuran Sekretariat Gerakan Pembela Ummah diketuai oleh Aminuddin Yahya yang juga Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) dan turut diberi peluang untuk berucap pada himpunan berkenaan.


Beliau mengakui ada dapat panggilan telefon daripada pihak tidak dikenali yang bertindak angkuh buat ugutan bagi meminta dirinya tidak meneruskan himpunan #DaulatHimpunan812 jika tidak mahu keadaan bertambah buruk.

“Saya terima panggilan yang ugut supaya saya tidak buat himpunan ini. Tapi bagi saya, kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga, himpunan hari ini adalah bukti orang Melayu pantang dicabar,” kata Aminuddin.

Dalam pada itu beliau menambah, sebagai wakil pertubuhan bukan kerajaan yang berjuang pertahan agenda Melayu Islam, Isma tampil mendesak supaya parti terbesar orang Melayu iaitu UMNO dan PAS supaya dapat segera bersatu.

“Bersatulah, kerjasamalah dua parti politik Melayu ini, kami sudah tidak tahan Islam dan bangsa Melayu ditekan,” kata Aminuddin merujuk senario negara pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lalu.  – Agensi/Mynewshub.TV

  • Lagi berita berkaitan:
  • ICERD

Kategori