Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Cerita Orang Gagal ‘Exam’...

TAHNIAH diucapkan kepada pelajar-pelajar yang berjaya memperolehi kejayaan di dalam Ujian Pencapaian Sekolah...

Bekas KP KL Mendiang...

KOTA KINABALU - Bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, mendiang Tan Sri Henry Chin...

Comel.. Kucing Sabar Tunggu...

MAKKAH - Aksi comel seekor kucing yang seakan-akan bersabar menunggu untuk buka puasa...

Jambatan Dan Saluran Air...

TUMPAT - Kerajaan akan meneliti cadangan supaya sebuah jambatan dibina di Jalan Kasban...

Ramai Pemimpin UMNO Jadi Rapuh – Mohamed Khaled

JOHOR BAHRU – Tindakan pemimpin UMNO Sabah keluar parti menunjukkan ternyata tatkala UMNO kehilangan kuasa, ramai pemimpinnya menjadi sangat rapuh dan hilang pedoman perjuangan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata perkembangan terkini politik di Sabah yang melihat hampir kesemua Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ketua Bahagian UMNO meninggalkan parti adalah sangat mendukacitakan.

Katanya, pimpinan utama UMNO Sabah menyatakan bahawa tindakan sedemikian didorong kehilangan keyakinan kepada kepimpinan parti dalam mengemudi UMNO, selepas tewas dalam pilihan raya lalu.

“Saya hormati alasan sedemikian. Saya percaya, sentimen ini juga dirasakan oleh ahli dan pendukung UMNO lain di seluruh negara. Betapa usaha merawat, memulih dan membangunkan semula UMNO kelihatan tidak dilakarkan dengan jelas serta tidak diberikan kepimpinan sewajarnya.

“Cuma, saya ingin tegaskan, selaku pemimpin, kita sepatutnya mempamerkan ketahanan dan kesungguhan untuk bersama-sama membetulkan parti. Andai ada langkah yang canggung, janganlah lantai yang dipersalah.

“Andai ada yang lemah dalam perjuangan bangsa, janganlah yang dibuang itu wadahnya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata, seperti kenyataan beliau sebelum ini, penolakan rakyat ke atas UMNO dalam pilihan raya lalu kerana pucuk pimpinan yang enggan mendengar suara rakyat dan dicemari krisis integriti serta ketelusan.

Katanya, beliau sendiri turut menyatakan pendirian betapa kepimpinan sebelum ini lemah sehingga menyebabkan parti tersasar dan ditolak.

“Namun, pada masa yang sama, saya percaya, kita harus mengambil pertanggungjawaban. Kita harus kekal berusaha bersama-sama merawat parti. UMNO sebagai satu wadah tidak bersalah. Yang bersalah adalah pengemudinya.

“Jika semuanya tenang, manis dan mudah, itu bukanlah perjuangan untuk bangsa namanya tetapi itu perlumbaan mengejar nama, pangkat dan kekayaan.


“Inilah yang saya lihat berlaku kepada pemimpin Sabah yang meninggalkan UMNO. Mereka tidak mahu bertahan dan kekal dengan kesukaran memulihkan parti yang jatuh dan tewas tetapi memilih jalan keluar yang kelihatan lebih mudah lagi lunak.

“UMNO tidak seharusnya dibiarkan berterusan begini. Kesusutan pengaruh UMNO bukan saja akan menjadi lebih parah, malah akan mematikan parti perjuangan orang Melayu nan satu-satunya ini dalam sedikit masa lagi,” katanya

Sehubungan itu, Mohamed Khaled menggesa supaya peristiwa yang berlaku di Sabah menjadi pencetus pembaharuan yang sangat didambakan oleh ahli UMNO dan orang Melayu.

Katanya, untuk berubah dan bangkit kembali, UMNO tidak boleh terus berdolak-dalik dan hidup dalam penafian, sebaliknya kepimpinan, hala tuju serta pemulihan parti mesti menjadi agenda yang diterjemahkan secara tegas dan serius.

Malah, beliau berkata semua ahli mesti dengan segera dan terbuka mengakui bahawa segalanya sangat bercelaru dalam UMNO.

“Parti ini hanya akan dapat diislahkan dengan kepimpinan yang berwibawa, berkesan dan berintegriti. Justeru, saya percaya Majlis Tertinggi UMNO akan mencari jalan pencerahan bagi menangani perkara ini.

“Saya berdoa terbit fajar yang akan menyuluh UMNO dalam kegelapan ini dan mencerahkannya,” katanya. – BH Online

Kategori