Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Malaysia Teruskan Projek RTS...

JOHOR BAHRU - Malaysia bersetuju meneruskan projek Laluan Sistem Transit Rapid (RTS) dengan...

Ular Gergasi Cuba Baham...

SEEKOR ular sawa yang menyerang seorang lelaki sehingga lengannya hampir terputus, akhirnya tumpas...

Video: Wanita ‘Syaitan’ Pukul...

GILA dan kejam... lagi kes melibatkan kes penderaan bayi!Satu rakaman video memperlihatkan seorang...

53,285 Perniagaan Online Berdaftar...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 53,285 perniagaan dalam talian berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia...

Redzuan Tak Kecil Hati Wajahnya Pada Gambar Lelong Disunting

PUTRAJAYA – Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata beliau tidak berkecil hati wajahnya pada gambar pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang dilelong dengan harga RM500,000 pada Majlis Makan Malam Amal PH Ahad lepas, telah disunting.

Mengakui agak terkejut wajahnya pada gambar tersebut “hilang”, anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata mungkin berlaku kesilapan yang tidak disengajakan ketika gambar itu dicetak atau ia diubah suai supaya kelihatan lebih jelas.

“Kita bersangka baik. Saya tidak fikir ada motif tertentu di sebaliknya.

“Mungkin (gambar disunting) supaya tangan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (pada gambar tersebut) kelihatan lebih terang,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya, di sini hari ini.

Bagaimanapun, Mohd Redzuan perkara itu tidak seharusnya berlaku kerana imej itu adalah detik bersejarah yang dirakam selepas Dr Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketujuh, selain ia tidak adil kepada pihak pembeli yang sepatutnya mendapat gambar asli.

“Untuk gambar bersejarah yang dilelong pada harga RM500,000 ia perlulah asli. Jika anda menjual sesuatu yang bersejarah, maka ia perlu bersejarah, jangan ubah sejarah,” katanya.

Mengakui tidak mengetahui pihak yang menyunting gambar tersebut, Mohd Redzuan berkata beliau hanya menyedari isu itu apabila menerima banyak pertanyaan daripada pelbagai pihak setelah ia dibangkitkan menerusi media sosial dan blog.


“Saya mendapat beratus-ratus mesej semalam (mengenai isu itu). Reaksi saya, tiada (wajahnya) tak apalah,” katanya sambil menambah perkara itu tidak perlu diperbesar jika pemenang bida gambar tersebut tidak mempersoalkan keaslian gambar berkenaan.

Ditanya sama ada beliau akan membuat laporan polis mengenai isu itu, katanya: “Kenapa saya harus berbuat demikian? Saya rasa ia satu kesilapan yang tidak disengajakan, tanpa sebarang niat tersembunyi.”

Gambar bersejarah sebelum sidang media pertama pemimpin PH selepas Dr Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 10 Mei lepas, menjadi milik Pengarah Urusan Platinum Victory Sdn Bhd Datuk Seri Gan Yu Chai pada harga RM500,000 selepas bidaan dibuka pada harga RM100,000.

Bagaimanapun wajah Mohd Redzuan yang sepatutnya turut kelihatan dalam gambar tersebut “hilang”, sehingga dipersoalkan oleh beberapa penulis blog dan netizen media sosial. – BERNAMA

Kategori