Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

TERKINI: CEO GISBH, Isteri...

KUALA LUMPUR: Beberapa pemimpin kanan termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings (GISBH)...

Tiada Tayangan Filem Beauty...

NAMPAKNYA kontroversi mengenai tayangan filem Beauty and the Beast di Malaysia masih belum...

Peniaga Air Tebu Berdepan...

KLANG - "Boleh saya tanya, kenapa pertuduhan saya terlalu banyak?"Demikian kata seorang lelaki...

Fathia Ada Bakat Jadi...

SIAPA sangka dalam kontroversi yang melanda diri pelakon Fathia Latiff, tersimpan satu bakat...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada hari dagangan terakhir bagi 2018 hari ini, didorong pasaran ekuiti lebih kukuh, yang disokong oleh aktiviti memperelok akaun akhir tahun.

Pada 9.02 pagi, ringgit diniagakan pada 4.1430/1460 berbanding dolar AS daripada 4.1500/1550 ketika ditutup pada Jumaat lepas.

Peniaga berkata pemintaan terhadap mata wang tempatan meningkat memandangkan pelabur antarabangsa di Bursa Malaysia menukar mata wang mereka kepada ringgit, sekali gus mendorong prestasi unit tempatan.

Bagaimanapun, peniaga berkata, pelabur dijangka menunggu laporan Indeks Harga Pengeluar dan bekalan wang secara meluas (M3) bagi November yang dijadual dikeluarkan hari ini, untuk mendapatkan lebih petunjuk bagi hala tuju pelaburan.

Semasa pasaran dibuka hari ini, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.


Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.7531/7568 daripada 3.7597/7653 pada Jumaat lepas dan naik berbanding euro kepada 4.7412/7459 daripada 4.7488/7550.

Ringgit, bagaimanapun, rendah berbanding pound Britain kepada 5.2571/2613 daripada 5.2468/2548 dan tidak berubah berbanding dolar Singapura pada 3.0336/0369 daripada 3.0336/0384. – BERNAMA

Kategori