Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ahli UMNO Kini Cecah...

KUALA LUMPUR - Keanggotaan UMNO mencecah 3,577,719 orang sehingga semalam dengan bilangan cawangan...

Sokong Pesta Arak Demi...

KUALA LUMPUR - "Orang yang kemaruk undi takut hendak menentang. Nanti kaki arak...

Tiada Asas Untuk Tutup...

MUAR - Desakan DAP yang mahukan Biro Tatanegara (BTN) dimansuhkan adalah sesuatu yang...

Majikan Ingkar Bayar Gaji...

MARAN - Bermula semalam, Kementerian Sumber Manusia melaksanakan operasi besar-besaran memeriksa 600,000 syarikat...

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR – Ringgit menongkah arus serantau untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini apabila sentimen kekal positif menjelang tahun baharu.

Pada 6 petang, unit tempatan itu diniagakan pada paras 4.1760/1800 berbanding dolar AS daripada 4.1770/1810 yang dicatatkan pada Rabu.

Kenanga Investment Bank dalam nota penyelidikannya berkata isyarat Rizab Persekutuan AS (Fed) yang kurang memihak kepada kadar faedah rendah akan memberi kesan kepada prestasi kukuh dolar pada 2019 dan mengekang tekanan penyusutan mata wang negara sedang pesat membangun.

“Walaupun kami menjangkakan tekanan menurun ringgit akan berterusan ke 2019 berikutan keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, namun ia akan lebih perlahan. Justeru kami mengekalkan unjuran akhir tahun ringgit berbanding dolar AS pada 4.15 walaupun kami menjangka ia terus menguji paras 4.20 dalam masa terdekat,” kata firma penyelidikan itu.

Di peringkat serantau, mata wang Asia menyusut berbanding dolar AS selepas Fed menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas.

Bank pusat AS itu mengurangkan unjuran mediannya daripada tiga kepada dua kenaikan tahun depan, justeru data yang terus kukuh itu akan memaksa Fed menaikkan kadar ke tahap di mana ia mula mengekang momentum ekonomi.


Bagaimanapun, ringgit lemah berbanding kebanyakan mata wang utama lain.

Unit tempatan menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0513/0553 daripada 3.0498/0543 pada Rabu dan turun berbanding yen Jepun kepada 3.7379/7425 daripada 3.7172/7217.

Ringgit juga rendah berbanding pound Britain kepada 5.2968/3036 daripada 5.2852/2915 pada Rabu dan menyusut berbanding euro kepada 4.7924/7991 daripada 4.7568/7622. – BERNAMA

Kategori