Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

PAS Kecam DAP Perjuang...

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz...

JPAM Nafi Dakwaan Sekat...

KUALA LUMPUR - Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa agensi...

BEST BACA – Dilema...

(KERAP KALI kita mendengar cerita abang ipar yang over, tetapi kes ini sebaliknya...

Undang-Undang Perlindungan Data Perlu...

KUALA LUMPUR — Malaysia perlu melakukan semakan semula terhadap Akta Perlindungan Data Peribadi...

Royalti Minyak: Kelantan Arah Tarik Balik Saman 2 Bulan Lepas

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan telah mengarahkan peguamnya menarik balik saman berhubung royalti minyak terhadap Petronas dan kerajaan persekutuan kira-kira dua bulan lepas, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Beliau berkata kerajaan negeri meminta Tommy Thomas selaku peguam yang mewakili Kelantan mengambil tindakan sewajarnya di mahkamah berhubung penarikan balik saman berkenaan.

“Kita sudah jelas buat keputusan dan pendirian iaitu tarik balik saman malah Menteri Besar Kelantan (Datuk Ahmad Yakob) sendiripun sudah memaklumkan kerajaan persekutuan tentang perkara ini, cuma saya tidak pasti sama ada secara rasmi (bertulis) ataupun lisan,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Untuk rekod, kerajaan Kelantan melantik Thomas sebagai peguamnya sebelum beliau dilantik menjadi peguam negara pada 4 Jun lalu.

Ditanya sama ada penarikan balik saman itu punca kelewatan dalam pembayaran royalti minyak tersebut, Mohd Amar berkata perkara berkenaan diserahkan kepada kerajaan pusat yang sepatutnya berbuat demikian sebelum penghujung tahun ini.

Semalam, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Senator Dr Mohd Radzi Md Jidin dilaporkan berkata kerajaan persekutuan belum menerima sebarang notis berhubung penarikan balik saman oleh Kelantan terhadap Petronas mahupun kerajaan persekutuan berhubung tuntutan royalti yang difailkan pada 2011 itu.


Terdahulu Mohd Amar merasmikan program ‘Kembali ke Sekolah Dewan Undangan Negeri Panchor’ yang diadakan dengan kerjasama Petronas.

Pada majlis berkenaan, Petronas melalui Badan Kebajikan Kakitangan Islam Petronas (Bakip) menyampaikan sumbangan zakat kakitangannya berbentuk baucar bernilai RM75 dan RM200 kepada 300 asnaf bagi pembelian kelengkapan persekolahan. – BERNAMA

Kategori