Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Penyanyi Terkenal Kantoi Pegang...

BEIJING - Seorang penyanyi terkenal China ‘kantoi’ berpura-pura menyanyi dengan hanya menggerakan bibir...

Suami Isteri Didakwa Dera,...

AYER KEROH - Suami isteri didakwa di mahkamah di sini, hari ini atas...

Patuhi Undang-Undang Penting Proses...

PUTRAJAYA - Semua pihak dalam negara, tidak kira pemerintah atau Raja-raja, perlu mematuhi...

Najib Rakam Penghormatan Kepada...

SHAH ALAM - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan penghormatan kepada...

Rumah Pegawai Kanan SPRM Terbakar Di Seri Kembangan

KUALA LUMPUR – Sebuah rumah teres dua tingkat milik seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Taman Suria Tropika, Seri Kembangan dekat sini terbakar petang semalam dipercayai akibat perbuatan khianat.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norizham Mohd Nudin berkata tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang serta Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian bersama 15 anggota selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2.37 petang itu.

Beliau ketika dihubungi berkata punca kebakaran masih lagi disiasat.​​​​​​​

Sementara itu, menurut sumber ketika kejadian berlaku, pegawai kanan berusia lewat 30-an itu tidak berada di rumah kerana sedang bertugas di ibu pejabat SPRM manakala anak dan isterinya berada di kampung.

Ketua Polis Daerah Sepang Abdul Aziz Ali ketika dihubungi Bernama mengesahkan telah menerima laporan berhubung kejadian itu. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPRM

Kategori