MOSCOW – Presiden Vladimir Putin, hari ini, berkata, Rusia akan mula menggunakan peluru berpandu nuklear hipersonik, tahun depan dan ia menunjukkan negara itu kini mempunyai senjata strategik jenis baharu.
Beliau berkata demikian, selepas menyaksikan ujian sistem peluru berpandu baharu itu yang dinamakan sebagai ‘Avangard’.
“Ujian yang baru sahaja berakhir ini selesai dengan kejayaan penuh. Mulai tahun depan, tentera Rusia akan menerima sistem strategik antara benua Avangard.
“Ia adalah saat bersejarah bagi tentera dan kehidupan di negara ini. Rusia kini ada satu senjata strategik baharu,” kata Putin.
Rusia berkata, sistem peluru berpandu baharu itu adalah salah satu senjata baharu yang diumumkan Putin, Mac lalu, ia amat mudah untuk dipandu terutamanya bagi mengelak sistem pertahanan peluru berpandu. – Reuters