Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Pengawal Warga Asing ‘Mandi...

SEORANG wanita hamil nyaris menjadi mangsa cabul seorang pengawal keselamatan warga asing dalam...

Penghuni Zahir Rasa Syukur...

SUNGAI PETANI - Sepasang suami isteri di Kampung Pekan Sebelah, Bujang dekat sini,...

Penurunan Kuasa: Perbincangan Lanjut...

KUCHING - Perkara berkaitan penurunan kuasa daripada kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri Sarawak...

Dikata Sombong: Zul Ariffin...

DI WAKTU sedang mengecapi puncak populariti, figura berbadan sado ini tiba-tiba terpalit dengan kontroversi...

Rusuhan Kuil: 55 Direman Bagi Bantu Siasatan Kes

PETALING JAYA – Mahkamah Majistret di sini, hari ini mengeluarkan perintah tahanan reman antara dua hingga tujuh hari terhadap 11 lagi individu menjadikan jumlah yang ditahan bagi membantu siasatan insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman seramai 55 orang.

Majistret Nor Ariffin Hisham mengeluarkan perintah reman terhadap kesemua suspek berusia antara 18 hingga 50 tahun itu bermula hari ini selepas membenarkan permohonan polis untuk menahan reman mereka bagi membantu siasatan kes di bawah Kanun Keseksaan mengikut Seksyen 435 (khianat dengan api), Seksyen 148 (merusuh), Seksyen 427 (melakukan khianat) dan Seksyen 447 (pencerobohan jenayah).

Sementara itu, perintah reman selama tiga hari dilanjutkan terhadap lapan lagi suspek yang tempoh remannya tamat hari ini bagi membantu siasatan kes sama.

Antara 55 individu yang direman sejak Selasa lalu adalah tiga pekerja termasuk penasihat undang-undang syarikat pemaju, One City Development Sdn Bhd.


Dalam kejadian awal pagi Isnin minggu lalu, 23 kenderaan musnah dibakar, manakala cermin pusat beli-belah One City turut dipecah dan dirosakkan. – BERNAMA

Kategori