Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Penjawat Awam Bekerja Dari...

PUTRAJAYA - Tempoh bekerja dari rumah bagi penjawatĀ awam dilanjutkan sehingga 14 April depanĀ selaras...

Video Prank ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć‹Å“Badut...

Jika anda berada di dalam situasi mangsa prank badut pembunuh ini, apa yang...

2 Lelaki Ditahan Tipu...

DUA lelaki tempatan ditahan di sini hari ini berhubung kes penipuan pekerjaan melibatkan...

Impian Pak Mansor Tercapai...

SEREMBAN - Impian warga emas yang mencari barangan terbuang bagi menunaikan haji di...

Salah Guna Kuasa Demi Kepentingan Peribadi Perlu Disekat

KUALA LUMPUR – Amalan politik lampau seperti penyalahgunaan kuasa demi kepentingan peribadi perlu dihapuskan daripada kamus politik negara.

Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata kerajaan perlu menggandakan usaha untuk memastikan agenda reformasi dilaksanakan dengan serius untuk mencegah amalan penyalahgunaan kuasa.

“ABIM menyokong pendirian Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang membidas budaya meminta kontrak atas dasar kronisme parti politik dalam Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu baru-baru ini.

“Pendirian beliau merupakan cerminan kepada aspirasi generasi muda yang muak dengan amalan politik jelik yang memperalatkan platform politik untuk kepentingan peribadi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Muhammad Faisal berkata kenyataan Syed Saddiq itu juga dijadikan peringatan umum bahawa majoriti rakyat Malaysia pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu memilih parti politik yang dinilai akan memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat. – BERNAMA

Kategori