Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Peguam Negara Nafi Bincang...

PETALING JAYA - Peguam Negara, Tommy Thomas hari ini berkata, beliau tidak berbincang...

Apakah Penyakit Ain?

PENYAKIT ‘ain ialah penyakit yang disebabkan oleh pandangan mata yang disertai sifat iri atau rasa takjub terhadap apa yang dipandang. Ianya boleh terjadi dari orang yang dengki atau orang yang dicintai, dari orang yang jahat atau orang yang soleh. Al-Hafizh Ibnu Hajar rahimahullah berkata: "Ain adalah pandangan hasad dari tabiat yang buruk yang boleh menyebabkan mudarat pada orang yang dipandangnya." (Fath al-Baari, 10/200)

Justo Pulang Ke Switzerland...

PETALING JAYA - Pemberi maklumat, Andre Xavier Justo yang menjadi tumpuan media selepas...

Penyiasat Dedah Penemuan Baru...

THE HAGUE - Penyiasat antarabangsa yang menyiasat nahas pesawat MH17 akan mendedahkan penemuan...

Salahuddin Terima Ugutan Bunuh, Suspek Kini Direman

KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub menerima ugutan bunuh daripada individu tidak dikenali, Ahad lepas.

Salahuddin yang ditemui pemberita di lobi Parlimen berkata beliau telah dipanggil untuk memberi keterangan oleh Polis Ibu Pejabat Daerah Muar semalam, bagi membantu siasatan.

Katanya beliau tidak mengenali identiti suspek dan difahamkan, suspek telah ditahan reman pihak polis.

“Yang penting sekarang saya nak tahu apakah motif sebenar, saya tidak pernah berkelahi dengan orang, tidak bermusuh tapi tiba-tiba terima ugutan seperti ini,” katanya sambil menambah ia kali pertama perkara seumpama itu berlaku terhadapnya.

Terdahulu, timbalannya Sim Tze Tzin berkata, Salahuddin telah menerima ugutan bunuh berbentuk nota ugutan dan bangkai seekor anak lembu di hadapan Pusat Khidmat Masyarakat Simpang Jeram, Johor pada 2 Disember lepas.


Kementerian itu telah membuat laporan polis sebaik menerima ugutan itu. Katanya, pihak kementerian juga menunggu hasil siasatan polis bagi mengetahui motif sebenar suspek berbuat demikian. – BERNAMA

Kategori