Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Gadis ‘Selamba’ Menjual Diri...

SUDAH hilang agaknya perasaan malu dan melindungi maruah diri bagi sesetengah kaum perempuan...

COVID-19 Tak Kenal Dari...

“COVID-19 tidak kenal dari kayangan atau dari bumi. Tidak ada siapa yang boleh...

Polis Tidak Sekat Kebebasan...

KUALA LUMPUR - Polis tidak pernah menyekat kebebasan bersuara rakyat termasuk untuk mengadakan...

Ketua Sindiket Penyeludupan Direman

KANGAR - Empat lagi individu termasuk seorang lelaki tempatan dipercayai ketua sindiket penyeludupan...

Sambutan Hari Hak Asasi Diputus Pada Oktober

KUALA LUMPUR – Keputusan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) untuk mengadakan Sambutan Hari Hak Asasi Manusia pada 8 Disember telah diputuskan pada Oktober, kata pengerusi Tan Sri Razali Ismail.

Beliau berkata tarikh untuk sambutan itu diputuskan pada 18 Oktober mengikut tarikh yang disediakan oleh Pejabat Perdana Menteri.

Oleh itu, Razali menyangkal dakwaan bahawa sambutan itu ialah untuk mengganggu demonstrasi anti-ICERD (Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum) yang jatuh pada tarikh yang sama.

“Untuk rekod, SUHAKAM menyokong sepenuhnya prinsip hak untuk berhimpun secara aman.

“Dakwaan oleh sesetengah individu bahawa acara SUHAKAM itu dengan dihadiri oleh Perdana Menteri adalah perhimpunan balas untuk mengganggu demonstrasi anti ICERD pada hari yang sama bertujuan untuk mencemarkan reputasi SUHAKAM dari kaca mata orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Pada 23 November, Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan satu kenyataan memaklumkan bahawa kerajaan Pakatan Harapan tidak akan meratifikasi ICERD dan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang di bawahnya termaktub kontrak sosial yang dipersetujui oleh wakil semua kaum semasa pembentukan negara. – BERNAMA

Kategori