Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kawalan RELA Di Pusat...

PENUGASAN berbayar anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) di 98 pusat Khidmat Komuniti RELA...

Che Ta Gelar Pengurusan...

SELEPAS kehilangan kereta mewah miliknya, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che...

Polis Tawau Buru Suspek...

TAWAU - Pihak polis sedang memburu seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kegiatan...

TH, Bank Islam Serah...

SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menerima zakat...

Sarawak Komited Tidak Kembang Ladang Kelapa Sawit

PUTRAJAYA – Kerajaan negeri Sarawak tidak akan mengeluarkan lesen baharu untuk pengembangan ladang kelapa sawit, sejajar komitmennya untuk menghentikan keluasannya, kata Menteri Industri Utama, Teresa Kok.

“Justeru, dakwaan bahawa Malaysia cuba mengembangkan kawasan perladangan tidak benar kerana Sabah dan Sarawak sudah menyatakan komitmen mereka untuk tidak melaksanakannya,” katanya kepada pemberita pada Forum Pensijilan Minyak Sawit Mampan (CSPO) 2018, di sini, hari ini.

Pada September, Kok menyatakan bahawa, kerajaan tidak akan membenarkan sebarang pengembangan ladang kelapa sawit di negara ini dan komited mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus tanah dengan hutan.

Bagi Semenanjung Malaysia, beliau menjelaskan bahawa, terdapat persetujuan dalam kalangan semua negeri berhubung isu pengembangan ini.

Sementara itu, menyatakan kebimbangan pasaran utama import berhubung pensijilan minyak sawit mampan, katanya Malaysia, pada Mei 2007, bersetuju melaksanakan pensijilan MSPO pada asas mandatori menjelang 31 Disember 2019.

Berkenaan tempohnya, beliau berkata, kerajaan tidak akan melanjutkan tarikh akhirnya buat masa ini, di sebalik kebimbangan bahawa pekebun kecil mungkin tidak dapat mematuhi peraturan berkenaan.

“Pada mulanya, ia adalah secara sukarela tetapi mereka yang terbabit tidak mengambilnya secara serius. (Tetapi) Kita (pada masa ini) menerima MSPO secara serius dan akan memastikan bahawa menjelang 1 Januari 2020, kesemua eksport minyak sawit mentah mendapat pensijilan. Ini akan membolehkan kita bersaing di pasaran antarabangsa,” katanya.

Kok berkata, kerajaan juga akan menilai semula situasi ini selepas tarikh akhir, bagaimanapun terdapat risiko kerana minyak sawit yang tidak mendapat pensijilan mungkin tidak akan diterima oleh kilang penapis.

Sehingga 31 Oktober tahun ini, 1.26 juta hektar kawasan penanaman kelapa sawit mendapat pensijilan MSPO, berjumlah 21.7 peratus daripada keseluruhan jumlah kawasan penanaman, katanya.


Mengikut kategori katanya, 436 ladang atau estet (melebihi 100 ekar) dengan jumlah kawasan 1.13 juta hektar mendapat pensijilan atau 31.8 peratus daripada jumlah kawasan penanaman.

Bagaimanapun jelasnya, perkembangan pensijilan untuk pekebun kecil adalah perlahan dengan hanya 134,701 hektar (5.9 peratus) mendapat pensijilan MSPO daripada jumlah kawasan penanaman 2.27 juta hektar.

Kok berkata, kerajaan akan terus mencari langkah memudahkan pensijilan industri ini dan dalam kes pekebun kecil, pilihannya termasuk meletakkan pegawai tambahan atau pegawai Tunas di lapangan bagi memberikan nasihat teknikal.

“Saya yakin, dengan penyatuan semua pihak berkepentingan di semua rantaian bekalan, kita dapat meneroka idea baharu dan inovatif dalam maju ke hadapan dengan MSPO.

“Justeru, saya menggesa pemain industri memikul peranan ke arah menerima guna MSPO dengan melaksanakan tanggungjawab korporat, sama ada secara langsung atau menjadikan ia sebahagian rantaian bekalan,” tambahnya. – BERNAMA

Kategori