Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Penduduk Kg. Labuan Kota...

KOTA BELUD - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak...

Ibu Tunggal Dapat Bantuan...

KUALA NERANG - Kebakaran yang menimpa seorang ibu tunggal di Kampung Tengah, Mukim...

Bank Komersial Diharap Tidak...

PUTRAJAYA: Biarpun negara sudah memasuki Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN), masih ramai...

‘Mek Lahar’ Dipindah Ke...

PASIR PUTEH - Seekor gajah betina liar yang ditangkap anggota Jabatan Perlindungan Hidupan...

Sarawak Kuat Kuasa Larangan Merokok

KUCHING – Sarawak akan menguatkuasakan larangan merokok berdasarkan Ordinan Kecil Kerajaan Tempatan, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian.

“Sarawak akan mempunyai larangan merokok kita sendiri dengan mengambil kira keadaan dan berdasarkan Ordinan Kecil Kerajaan Tempatan Sarawak dan undang-undang. Sama seperti imigresen, kita ada hak imigresen kita sendiri.

“Sebagai ahli kardiologi, saya menyokong amalan antimerokok sepanjang kerjaya saya dan akan terus berbuat demikian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau juga melahirkan perasaan kecewa dengan gambaran salah sesetengah pihak terhadap Sarawak berhubung isu larangan merokok.

“Merokok adalah tidak baik untuk kesihatan bukan sahaja untuk perokok tetapi juga untuk bukan perokok. Kita terpaksa melakukan lebih banyak ke atas produk tembakau bukan setakat undang-undang sahaja tetapi juga secara holistik,” katanya.

Sebuah akhbar Inggeris tempatan memetik Dr Sim sebagai berkata larangan merokok yang dikuatkuasakan kerajaan persekutuan bermula 1 Jan 2019 tidak terpakai di Sarawak melainkan kerajaan Sarawak melaksanakan dasar baharu itu. – BERNAMA

Kategori