ARAB SAUDI mencatat satu lagi sejarah dalam meningkatkan peranan wanita apabila dua orang wanita muncul sebagai ahli bomba wanita pertama negara itu.
Syarikat minyak Saudi Aramco melatih wanita Saudi ini memadam kebakaran, yang pertama kali diadakan di negara itu melibatkan profesyen yang didominasi lelaki itu.
Jurutera Ghaziyah al-Dossari berkata beliau mendapat inspirasi dari bapanya yang juga mengendalikan program latihan bomba.
Beliau berbangga dapat meneruskan kerjaya sebagai anggota bomba, dan menganggap menyertai jabatan bomba sebagai satu impian.
Pengurus program Saudi Aramco, Ghassan Abu al-Faraj berkata, “Ini ialah satu masa yang bersejarah bagi Arab Saudi dan Aramco, kerana dua orang wanita ini telah diterima sebagai anggota bomba.”
Kejayaan ini tersebar di media sosial, mendorong pakar minyak Arab Saudi, Dr Abeer al-Olayan memberi ulasan, “Buat kali pertama dalam sejarah Arab Saudi, jabatan bomba telah mengesahkan wanita pertama sebagai anggota bomba Saudi. – Agensi