Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Susunan Kerusi Parlimen Berubah...

BATU PAHAT - Susunan kerusi dalam Parlimen berkemungkinan akan berubah sekiranya benar terdapat...

Jangan Kutuk Lawatan PM...

HARAP kawan-kawan tidak akan kutuk lawatan PM8 ke Arab Saudi sebab negara itu...

PSM Yakin PKR Tewas...

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan jangan bermimpi dapat merampas kerusi Parlimen Sungei Siput...

Suruhanjaya Siasatan Urus Niaga...

PUTRAJAYA – Prosiding pertama Suruhanjaya Siasatan Untuk Menyiasat Kes Kerugian Akibat Urus Niaga Mata Wang...

Saya Bukan Klon, Dakwa Presiden Nigeria

ABUJA – Presiden Nigeria, Muhammadu Buhari menafikan khabar angin yang berlegar di media sosial yang mendakwa dia sudah meninggal dunia dan digantikan dengan seorang lelaki Sudan yang mirip dirinya.

Muhammadu yang bakal mempertahankan jawatannya dalam pilihan raya pada Februari ini berada di Britain selama lima bulan pada tahun lalu bagi menjalani rawatan untuk satu penyakit yang tidak didedahkan.

Sejak itu, satu teori berlegar di media sosial dan turut dibuat oleh musuh politiknya yang mendakwa Muhammadu sudah meninggal dunia dan diganti dengan seorang lelaki yang mirip dirinya dikenali sebagai Jubril.

Tiada bukti ditunjukkan tetapi satu video yang membuat dakwaan berkenaan ditonton beribu-ribu kali di YouTube dan Facebook.

The Guardian melaporkan, dalam satu pertemuan dengan warga Nigeria di Poland kelmarin, Muhammadu menafikan khabar angin berkenaan selepas ditanya mengenai Jubril.

“Saya memberi jaminan kepada kamu, ini adalah diri saya yang sebenar. Saya tidak lama lagi akan menyambut ulang tahun ke-76 dan masih lagi kuat.

“Ramai berharap saya mati ketika saya sakit. Ada juga yang berjumpa Timbalan Presiden bagi memilih dirinya sebagai timbalan yang baru kerana beranggapan saya sudah mati.


“Itu sangat memalukan dirinya dan sudah pasti dia melawat ketika saya dirawat di London,” katanya.

Pejabat presiden turut mengeluarkan kenyataan Muhammadu itu dalam satu e-mel yang bertajuk “Ini adalah diri saya sebenar, jawapan presiden terhadap dakwaan klon.”

Satu video Muhammadu menjawab soalan itu yang turut menunjukkan beberapa pegawai ketawa ketika soalan itu diajukan dimuat naik di laman Twitter presiden itu yang mempunyai 1.76 pengikut. – Agensi/myMetro Online

Kategori