Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Jep, Sari Yanti Sah...

TEKA-TEKI khabar angin menyatakan pasangan selebriti Jep Sepahtu dan Sari Yanti bakal mendirikan...

Op Noda: 24 GRO...

IPOH - Polis menahan 24 wanita warga asing dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan...

Bersangka Baik Ibu Bapa...

SHAH ALAM - Masyarakat perlu bersangka baik dengan tindakan sesetengah ibu bapa yang...

Ubah Suai Kuasa Veto...

NEW YORK - Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata sudah tiba...

Selama 2 Jam, Ruang Tawaf Dibuka Hanya OKU

ISTIMEWA… Demi iktiraf Hari Antarabangsa bagi Orang Kelainan Upaya (OKU), tempat bertawaf atau mataf, ‘ditempah khas’ selama dua jam dan hanya dibuka untuk golongan sedemikian.

Langkah istimewa di Masjidil Haram, Makkah itu diambil pentadbir ehwal Dua Masjid Suci, pada 3 Disember lalu, lapor portal berita tempatan Saudi Gazette sempena Hari OKU Antarabangsa yang jatuh pada tarikh berkenaan.

Menerusi penghormatan tersebut, para jemaah berkeperluan khas tempatan dan dari seluruh dunia dapat bertawaf keliling Kaabah di kawasan mataf dengan sangat licin, lebih lapang dan cukup selesa tanpa masalah.

Mashour Al-Monaami, yang merupakan Penolong Setiausaha kepada jabatan Dua Masjid Suci, berkata bahawa ia menunjukkan keinginan untuk bantu masyarakat OKU dan mengutarakan hak mereka, lapor Saudi Gazette lagi.

Hari Antarabangsa bag OKU diisytiharkan pada 1992 oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB). Ia menyasar untuk promosikan hak dan kesejahteraan orang berkeperluan khas tidak kira latar belakang.

Ini termasuk usaha pembangunan daripada pihak berkuasa, serta meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai keadaan sukar yang dihadapi oleh orang berkeperluan khas dalam setiap aspek politik, sosial, ekonomi dan budaya.


Temanya untuk sambutan pada tahun ini ialah: “Memperkasakan OKU dan memastikan masyarakat yang inklusif dan saksama” sebagai sebahagian daripada Agenda PBB 2030 untuk Pembangunan Mapan di seluruh dunia.

Arab Saudi sudah menguatkuasakan undang-undang prihatin terhadap OKU. Menurut Saudi Gazette, di Arab Saudi mereka layak diskaun 50 peratus bagi kos penerbangan untuk diri mereka sendiri serta individu yang menemaninya.

Mereka juga mempunyai hak mendapatkan pendidikan, peluang pekerjaan yang setanding dan akses ke ruang awam. Malah, pemandu OKU juga berhak menerima ruang tempat kenderaan dan subsidi sebanyak 10,000 riyal.

Ini untuk menukar bahagian-bahagian kereta bagi disesuaikan dengan keupayaan mereka. Selain itu, keselamatan sosial diberikan kepada individu yang menjadi OKU akibat kemalangan atau penyakit. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori