Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Khalid Sertai 3 Bekas...

KALAU seorang sahaja datang 'gempur' mungkin lebih mudah bagi Menteri Besar Selangor, Datuk...

RTM Lakukan Pembaharuan Siaran...

KUALA LUMPUR - Dalam usaha menjadi saluran berita 24 jam, Radio Televisyen Malaysia...

Pelakon Lucah ‘Foursome In...

SEORANG gadis yang dikenali dengan nama 'Sherry Gun’ telah dipenjarakan selama empat tahun...

Tiada Telco Terlibat Penjualan...

TANJUNG MALIM - Tiada syarikat telekomunikasi (telco) di negara ini yang terbabit dalam...

Selamat Tinggal Akhbar Tertua Malaysia, Malay Mail

KUALA LUMPUR – Malay Mail, akhbar tertua di Malaysia yang telah wujud lebih lama daripada akhbar lain di negara ini, tetapi selepas 122 tahun, akhbar antara yang tertua di dunia, akhirnya mengalah dan mengeluarkan edisi surat khbarnya yang terakhir hari ini.

Akhbar yang terkenal dengan kewartawanan yang mantap dan pelbagai pendedahan eksklusifnya itu juga telah tiba ke hujung perjalanan yang panjang dan bersejarah apabila revolusi berlaku kepada industri media dengan perubahan teknologi yang berterusan.

Mulai esok, Malay Mail hanya akan boleh didapati secara dalam talian dengan Ketua Pengarangnya Datuk Wong Sai Wan dalam mesej perpisahannya kepada pembaca akhbar itu meminta semua pihak daripada pembaca dan juga pengiklan untuk bersama memulakan perjalanan barunya di mana mereka akan melakukan segalanya secara digital untuk memaklum, menghiburkan dan mempromosi dalam dunia digital global.

Industri akhbar di seluruh dunia kini menghadapi tempoh masa paling sukar dan masa hadaan yang tidak menentu dalam sejarahnya dan banyak yang telahpun menghentikan penerbitannya.

Sebagai contoh di Kanada, berpuluh-puluh akhbar tempatan telah menghentikan penerbitan mereka sejak beberapa tahun yang lalu.

Di Malaysia, Malay Mail sehingga kini telah menjadi mangsa terbesar manakala pengurangan kakitangan secara besar-besaran telah berlaku atau sedang dijalankan di beberapa akhbar utama.

Semalam, seramai 800 kakitangan Utusan Melayu Berhad, penerbit akhbar Melayu berpengaruh Utusan Malaysia, mengucapkan selamat tinggal kepada majikan mereka dalam satu majlis penuh emosi apabila mereka meninggalkan Utusan menerusi skim pemisahan sukarela (VSS).

Di media lain, perkara yang sama telah dilaksanakan di Media Prima, kumpulan media terbesar, dan Star Media Group yang mengurangkan sekurang-kurangnya 1,000 kakitangan, dengan lebih ramai lagi dijangkakan pada masa hadapan.

Apa yang berlaku kepada industri media cetak dengan mudah disimpulkan oleh Wong Sai Wan sendiri dengan kata-katanya: “Model perniagaan akhbar cetak adalah bermasalah kerana ia bergantung kepada pengiklanan untuk terus hidup, dan ledakan akses maklumat secara digital telah menyebabkan kita tidak lagi berfungsi sebagai pembekal berita”.

Dan katanya, akhbar yang dicetak tidak ada sebab untuk terus berada dalam pasaran, kecuali melayani warga emas yang tidak boleh membaca tanpa medium berbentuk fizikal untuk mereka pegang.

Dengan golongan pembaca tersebut yang semakin berkurangan dan akan pupus, begitu juga nasib akhbar.

Penerbit Malay Mail Datuk Siew Ka Wei memberitahu Bernama bahawa pengakhiran kepada akhbar itu merupakan hari yang paling menyedihkan untuknya.


“Saya suka Mail Melayu terutamanya halaman hadapannya, kerana kami menceritakan berita yang baik dan buruk juga yang berlaku di sekeliling kita. Kami tidak mempunyai pilihan. Tetapi saya percaya ‘nama’ itu akan kekal kukuh kerana kami mempunyai pasukan yang sangat baik untuk mengembangkannya secara digital. Surat khabar mempunyai masa depan yang sangat terhad dalam jangka masa yang masih ada,” kata Siew, seorang ahli perniagaan terkemuka yang mengambil alih akhbar tersebut sembilan tahun yang lalu.

Pengakhiran penerbitan surat khabar Malay Mail ini turut dikongsi Datuk Ahiruddin Atan, yang lebih dikenali sebagai Rocky, salah seorang perintis blogger negara yang mana blog ‘RockyBru’ merupakan antara yang paling meluas di baca.

Ahiruddin sendiri mencatatkan sejarahnya sendiri kerana pernah menjadi Editor Malay Mail bukan sekali, tetapi dua kali.

“Tentunya, saya sedih kerana Malay Mail tidak akan di cetak lagi. Secara peribadinya saya percaya mereka perlu meneruskan versi cetak kerana namanya masih lagi kukuh dan produk yang bagus dan tentunya mereka tidak akan menggunakan namanya jika ianya tidak terkenal dan berdaya maju?,” tambahnya.

Bekas Pengerusi Media Prima Berhad Tan Sri Johan Jaafar mengambarkan sebagai satu ironi masa hadapan yang gelap untuk surat khabar dan industri berkaitan dengan pemberhentian beramai-ramai sedangkan “kita hidup dalam era maklumat”.

“Industri media secara keseluruhan perlu merombak dirinya dan model perniagaannya perlu difikirkan semula,” kata Johan, bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu, sambil menambah sejarah kegemilangan surat khabar mungkin akan berakhir.

Sebagai seorang yang telah menjadi wartawan selama 47 tahun, cetakan terakhir Malay Mail ini tentunya sesuatu yang menyedihkan dan untuk 24 jam yang lepas saya telah meminta rakan-rakan dan kumpulan Whatsapp untuk menyimpan salinan terakhir ini.

Saya tidak pernah membeli dua salinan edisi hari yang sama tetapi saya telah memberitahu vendor berita saya untuk menempah 50 salinan dan 50 salinan lagi dari seorang rakan di Malay Mail untuk generasi akan datang.

Selamat tinggal Malay Mail! – BERNAMA

Kategori