Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Jho Low Buat Laman...

KUALA LUMPUR - Peguam bela Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho...

MyFilem: Perkhidmatan Penstriman Dan...

Dengan perkembangan arena dunia internet pada masa kini, terdapat beberapa laman web dan...

Nidzam Adzha Sah Sebagai...

JITRA - Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) hari ini mengesahkan bahawa pemangku Ketua...

Duda Rugi RM183,000 Angkara...

Kuantan : Seorang jurukimpal di daerah ini kerugian RM183,600 akibat terpedaya sindiket Love...

Selepas Dipecat, Pekerja Penghantaran Makanan Dapat Simpati Pula

PEKERJA penghantaran makanan syarikat Zomato di sebuah bandar di India yang dipecat kerana memakan makanan pelanggan kini menerima simpati pula daripada orang ramai.

Pekerja yang memakai baju syarikat penghantar makanan popular Zomato itu dirakam memakan pesanan pelanggan dan menyimpannya kembali.

Video ditonton beribu kali ini mulanya menerima respons berbentuk kecaman dan kemarahan.

Bagaimanapun, selepas syarikat Zomato membuat keputusan memecat pekerja itu yang tidak didedahkan identitinya, suara simpati mula muncul.

Ramai yang bercakap tentang waktu kerja yang panjang, keadaan kerja sukar dan gaji yang rendah dihadapi oleh pekerja syarikat penghantaran.

Antara yang bersuara ialah pekerja syarikat penghantaran makanan sendiri yang mendakwa gaji yang rendah amat mencabar.

Salah seorang pekerja berkata, “Saya seorang sahaja yang bekerja untuk keluarga saya. Kalau berlaku kemalangan, saya tidak mempunyai insurans. Syarikat juga tidak menyediakan insurans,” katanya.

Tambahnya lagi, keadaan ini mesti difikirkam oleh syarikat.

Penghantaran berdasarkan aplikasi telefon pintar agak baru di India, tetapi tumbuh dengan amat pesat dalam masa singkat.


Selain makanan, rakyat India kini boleh memesan pelbagai jenis barangan termasuk barangan dapur dan perabut.

Syarikat besar seperti Amazon dan Flipkart, yang baru dibeli oleh Amazon, mempunyai puluhan ribu pekerja penghantaran.

Dianggarkan 6 hingga 8 juta memasuki pasaran kerja India setiap tahun tetapi pekerjaan tidak berkembang secepat itu, menyebabkan ramai sedia bekerja pada gaji rendah dan keadaan yang teruk.

Zomato berkata ia menggajikan 150,000 orang pekerja penghantaran seluruh India.

Bagaimanapun, Zomato mengatakan mereka tidak mengenakan masa kerja yang tidak munasabah terhadap pekerja, malah menyediakan insurans untuk pekerja.

Keadaan menjadi sukar kepada pekerja penghantaran kerana semakin ramai bekerja dalam lapangan ini dan syarikat dan pekerja terpaksa menghadapi saingan sengit. – BBC

Kategori