Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Diego Costa Boleh Buat...

BEKAS penyerang Chelsea, Tony Cascarino berkata The Blues tiada gunanya The Blues mempertahankan...

Kakak Ketua Menteri Sarawak...

KUCHING : Kakak kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg,...

Takut Umat Islam Bangkit,...

GEORGE TOWN - Tidak sampai 24 jam kisah patung beruang biadap 'hina' Rasulullah...

Mengerikan! Wanita Maut Di...

TRAGIK... Seorang wanita muda maut selepas lehernya tersangkut di pagar besi penghadang pejalan kaki...

Semak Belanjawan 2019 Jika Harga Minyak Bawah AS$30 Setong

KUALA LUMPUR – Kerajaan masih mampu mengurus perbelanjaan dan hanya perlu menyemak semula Belanjawan 2019 jika harga minyak mentah kurang daripada AS$30 setong, kata seorang penganalisis.

Ketika membuat saranan itu, Ketua Penganalisis Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ini berdasarkan langkah yang pernah dilakukan oleh kerajaan sebelum ini.

“Jika dilihat pada 2016, minyak mentah Brent berada pada paras AS$28 setong pada 20 Januari apabila Belanjawan tahun itu terpaksa disemak semula.

“Oleh itu, harga minyak mentah yang susut ke paras kurang AS$30 itu wajar dijadikan pengukur sebelum kerajaan memutuskan untuk menyemak semula peruntukan Belanjawan (2019),” katanya kepada Bernama.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng semalam bahawa kerajaan hanya akan menyemak Belanjawan 2019 jika harga minyak mentah di bawah AS$50 setong.

Ini berikutan tindakan kementerian yang menyediakan belanjawan berasaskan harga minyak mentah pada AS$70 setong.

Oleh itu, jelas Lim, tidak timbul sebarang keperluan untuk meyemak semula belanjawan memandangkan kerajaan meneliti harga purata minyak mentah berdasarkan harga harian.

Selain itu, Mohd Afzanizam berkata bayaran dividen khas Petronas berjumlah RM30 bilion di bawah Belanjawan 2019 berkenaan, disalurkan daripada rizab syarikat petroliam nasional itu yang mencecah RM402 bilion setakat 30 Sept, 2018.

“Dividen khas ini tidak akan terjejas dengan harga semasa minyak mentah kerana sumber pembayaran itu membabitkan keuntungan sebelum ini.

“Oleh itu, kerajaan masih boleh meneruskan rancangan perbelanjaan di bawah peruntukan Belanjawan 2019 berkenaan,” katanya.


Perkembangan semasa menyaksikan minyak mentah Brent yang juga penanda aras global, susut 0.22 peratus kepada AS$53.98 setong pada awal hari ini.

Mohd Afzanizam juga berpendapat, walaupun terdapat kemungkinan harga minyak itu terus susut, industri minyak dan gas tidak mengalami sebarang lebihan kapasiti dan langkah pembetulan harga minyak dilihat baik kerana dapat memaparkan keadaan semasa perniagaan berkaitan.

“Kita melihat jumlah peningkatan pelantar telaga minyak ini adalah perlahan dan pada masa sama kadar purata harian (pengeluaran) pelantar ini masih kurang daripada paras 2014.

“Ini bermakna kos pengeluaran yang ditanggung oleh kalangan penggiatnya masih rendah,” katanya.

Malah, kata Mohd Afzanizam, kedudukan kewangan syarikat-syarikat O&G ketika ini adalah baik susulan pelaksanaan langkah penyusunan semula kewangan dan korporat sejak beberapa tahun lepas.

Untuk rekod, kerajaan Barisan Nasional sebelum ini telah bertindak menyemak semula Belanjawan 2016 bagi pengoptimuman perbelanjaan pembangunan dan operasi negara berikutan kejatuhan harga minyak serta keadaan pertumbuhan ekonomi yang perlahan.

Belanjawan itu dikira berdasarkan paras harga minyak mentah AS$48 setong sedangkan perkembangan pada ketika itu menyaksikan harga itu susut kepada US$30 setong. – BERNAMA

Kategori