Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Serangan DAP Semakin Hambar!...

KUALA LUMPUR - Sokongan bukan Islam terutama kaum Cina kepada PAS semakin baik...

Mesyuarat Khas Raja-Raja Bincang...

KUALA LUMPUR - Satu mesyuarat khas Majlis Raja-Raja dipercayai telah berlangsung di Istana...

5 Diberkas Dalam Op...

KANGAR - Polis menahan lima remaja lelaki berumur 15 hingga 18 tahun kerana...

Wartawan Buat Laporan Polis...

GARA-GARA menyiarkan nombor telefon bimbit miliknya di laman sosial, seorang wartawan akhbar hari...

Seniman Run 2.0: Larian Kumpul Dana Bantu Artis Memerlukan

KUALA LUMPUR – Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) akan menganjurkan Seniman Run 2.0 bertujuan mengumpul dana yang akan disalurkan kepada artis yang memerlukan.

Presiden Seniman, Rozaidi Jamil atau lebih dikenali sebagai Zek Zaidi berkata, penganjuran kali kedua larian amal pada 16 Feb depan adalah rentetan kejayaan penganjuran kali pertama pada 4 Feb lalu yang diadakan di kawasan perkarangan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Hulu Klang.

“Kita menyasarkan 3,000 penyertaan untuk larian kali ini dan setakat ini, lebih 1,300 penyertaan telah diterima dan berharap angka itu akan bertambah menjelang tarikh tutup pada 31 Dis ini.

“Kita positif kerana acara tahun lalu berjaya menarik kira-kira 2,000 penyertaan. Yuran penyertaan RM65 seorang itu akan disalurkan ke dalam tabung Seniman bagi membantu golongan artis yang kurang bernasib baik dan memerlukan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Seniman Run 2.0 yang dianjurkan dengan kerjasama Jabatan, Kebudayaan, Pelancongan dan Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Kelab Rekreasi dan Kecergasan Wilayah Perdana (KRKWP) akan bermula di Jalan Raja Dataran Merdeka dengan menawarkan lima kategori iaitu Terbuka, Veteran, Selebriti dan Family Run bagi jarak 10 kilometer (km) dan 5km.

Sementara itu, Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Hanafiah berkata larian amal tersebut antara lain bertujuan mengutip dana bagi membantu Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahmi yang kini menjalani hukuman di Penjara Tanjung Gusta di Medan, Indonesia.


Jelas Hafiz, bantuan tersebut adalah atas dasar kemanusiaan memandangkan Benjy, yang merupakan anak Allahyarham seniwati Azean Irdawaty, ketika dilawati beberapa anggota Seniman pada 15 hingga 17 Dis lalu di penjara, mengalami masalah kesihatan yang agak kritikal.

“Bagi kita, yang salah tetap salah dan dia (Benjy) kini menjalani hukumannya. Bantuan ini adalah atas dasar keprihatinan Seniman kerana Benjy mengalami masalah asma yang agak kronik dan memerlukan duit untuk membeli ubat yang diperlukan.

“Justeru, sedikit kutipan dari larian amal ini akan disalurkan ke dalam Tabung Prihatin Seniman Khas Untuk Benjy kerana dia memerlukan sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan bagi tujuan perubatan dan makanan,” katanya.

Benjy kini menjalani hukuman penjara selama 11 tahun tiga bulan atas kesalahan memiliki dadah jenis syabu seberat 4.5gram selepas ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu di Deli Serdang Sumatera Utara pada April 2017. – BERNAMA

Kategori