Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Letusan Besar Sinabung, Abu,...

JAKARTA - Gunung Sinabung di Sumatera Utara dilaporkan meletus lagi dengan letusan lebih...

MB Johor Seru Rakyat...

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin  menyeru rakyat...

Kedai Emas Disamun Ketika...

JOHOR BAHRU – Dalam kesibukan umat Islam di sini berbuka puasa petang semalam,...

Tiada Jawatan Kabinet, Hadi...

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata ketiadaanya dalam...

Seorang Anggota Bomba Subang Jaya Masih Trauma

NILAI — Seorang anggota bomba yang terlibat dalam operasi keselamatan semasa insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, minggu lepas, masih dalam keadaan trauma.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Muhammad Hamdan Wahid berkata anggota itu, yang memandu jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), dilihat masih dalam keadaan kebimbangan dan ketakutan.

“Setakat pertemuan kami dengan kesemua lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, yang terlibat dalam insiden itu, memang masih ada yang trauma.

“Anggota yang trauma ini, bila kita soal, dia macam blank, cara jawab masih terganggu dan dia rasa macam diri dia bersalah (yang menyebabkan Muhammad Adib Mohd Kassim cedera teruk dibelasah perusuh),” katanya kepada pemberita selepas program Bicara Tokoh: “Achieving High Perfomance Fire Organisation: The X Factors”, di sini hari ini.

Turut hadir Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Datuk Dr Musa Ahmad dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis.

Muhammad Hamdan berkata walaupun cuti anggota bomba sudah dibekukan sebagai persediaan menghadapi kedatangan musim monsun, namun anggota yang dilihat dalam keadaan trauma akan diberi off day, bergantung kepada penilaian ketua balai.

Beliau berkata pihaknya juga akan bekerjasama dengan kaunselor dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia, dalam proses pemulihan trauma anggota bomba yang terlibat kerana percaya mereka mempunyai kepakaran dan pengalaman mengendalikan pegawai yang alami trauma.

“Yang masih belum OK, kita akan cari cara untuk beri rawatan dan sesi kaunseling kerana kita nak mereka kembali bekerja dalam keadaan cergas dan cerdas,” katanya.

Sehubungan itu, Muhammad Hamdan berkata dalam jangka masa panjang sekiranya didapati ada keperluan yang tinggi, pihaknya bercadang menempatkan kaunselor bertauliah dalam jabatan.


“Dalam jangka masa pendek ini, kita akan berkolaborasi dengan agensi-agensi yang mempunyai kepakaran dan tahu nature trauma yang sebegini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Muhammad Hamdan berkata Muhammad Adib sudah menunjukkan perkembangan positif dan sudah mula memberikan reaksi apabila ditanya.

“Dia dah boleh beri respon seperti angguk, geleng dan tunjuk isyarat tangan tetapi dia masih belum boleh bercakap kerana mulutnya penuh dengan tiub.

“Pemulihannya begitu menakjubkan dan setakat ini keadaannya walaupun kritikal tetapi masih stabil,” katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu Muhammad Adib dari segi fizikal, mental, sumbangan termasuk doa-doa daripada rakyat Malaysia yang mahu melihat dia sembuh. – BERNAMA

Kategori