Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Win! Budak Jealous Cikgu...

SEKALI LAGI! Kes cikgu kacak menjadi perhatian netizen. Apa yang lagi mencuit hati...

Guru Anak Tempatan Sabah...

LIKAS - Kekurangan guru anak tempatan yang mengajar pendidikan Islam di Sabah ketika...

Penganjur Perhimpunan 16 Sept...

KUALA LUMPUR - Penganjur 'Perhimpunan Rakyat Bersatu' pada 16 Sept ini mahu mengadakan...

Geng Mat Rempit Serang...

IPOH – Polis menahan empat mat rempit dipercayai terbabit dalam kejadian menyerang kereta...

Seorang Wanita Antara Tiga Geng Kojek Ditahan

TAIPING – Polis menumpaskan kumpulan Geng Kojek dengan tertangkapnya tiga individu termasuk seorang wanita dalam dua serbuan di Kamunting di sini, pada Isnin dan Rabu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping, Razlam Ab Hamid berkata polis menahan seorang lelaki dan seorang wanita berusia 30-an serta merampas dua telefon bimbit dan tiga pemutar skru yang dipercayai digunakan untuk mencuri kenderaan di sebuah rumah di Kampung Sungai Relong, pukul 7.45 malam, Isnin lalu.

“Siasatan mendapati lelaki itu mempunyai tiga rekod jenayah dan dua rekod dadah manakala wanita berkenaan tiada rekod jenayah,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping di sini hari ini.

Susulan daripada tangkapan itu, katanya polis menahan seorang lagi lelaki berusia 30-an yang merupakan anggota geng tersebut di sebuah bengkel di Perumahan Awam Jalan Stesen, Rabu lalu.

Katanya, polis merampas seutas rantai emas, gelang emas, kamera, dua buah telefon bimbit, sebuah tablet, sepasang kasut berjenama, satu buku lima dan sebilah pedang.

Razlam berkata siasatan awal mendapati lelaki itu mempunyai dua rekod jenayah lampau dan tiga rekod membabitkan dadah.


Menurut beliau siasatan polis mendapati kumpulan ini menyasarkan rumah di taman perumahan yang ditinggalkan kosong sewaktu mangsa bekerja atau bercuti. Katanya, dengan tertangkapnya kumpulan itu polis menyelesaikan 15 kes pecah rumah dan dua kes curi motosikal.

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan baki anggota kumpulan itu,” katanya dan menambah ketiga-tiga suspek ditahan reman sehingga esok (8 Dis) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah. – BERNAMA

Kategori