Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Urusan Haji Kendalian TH...

KUCHING - Orang ramai diminta supaya tidak bimbang atau membuat sebarang andaian mengenai...

Warga Emas Dipenjara 15...

KUALA LUMPUR - Seorang warga emas dihukum penjara 15 hari oleh Mahkamah Majistret...

MESEJ Beri Manfaat 2,500...

KOTA KINABALU- Program Mini Estet Sejahtera (MESEJ) yang dilaksanakan menerusi inisiatif kerajaan Sabah...

FAM ‘Nyah’ Keluar Singapura...

SINGAPURA - Pasukan bola sepak kebangsaan dari Singapura, LionsXII tidak lagi akan bermain...

Shamsul Anuar Sahkan Enam Lagi Anggota Parlimen Keluar UMNO

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Shamsul Anuar Nasarah mengesahkan enam lagi Anggota Parlimen UMNO keluar daripada parti itu hari ini termasuk Anggota Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Shamsul Anuar yang juga Anggota Parlimen Lenggong berkata surat yang viral memaklumkan nama enam anggota Parlimen yang berhasrat keluar daripada parti itu adalah benar.

“Ya,” jawabnya ringkas dalam aplikasi whatsapp sambil menyatakan dirinya berada di Makkah pada ketika ini.

​​​​​​​Pagi tadi, Anggota Parlimen Tanah Merah yang juga Ketua UMNO bahagian Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz hari ini mengumumkan keluar UMNO dan menjadi anggota bebas berkuatkuasa serta-merta.​​​​​​​

Beliau dilaporkan berkata selain beliau terdapat lima lagi anggota Parlimen UMNO yang akan menuruti jejak langkahnya.

Selain itu satu surat makluman bertarikh hari ini yang ditujukan pada Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berhubung enam anggota Parlimen itu mahu keluar UMNO telah viral di laman sosial.​​​​​​​


Menurut surat berkenaan, senarai anggota Parlimen yang terlibat ialah Anggota Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid; Anggota Parlimen Mersing, Datuk Dr Latiff Ahmad; Anggota Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya; Anggota Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh; Hamzah dan Ikmal Hisham.

Sementara itu, Rosol turut telah mengesahkan dirinya keluar dari UMNO. – BERNAMA

Kategori