Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Polis Perak Tahan Seorang...

IPOH - Polis menahan seorang lelaki dan merampas 7.47 kilogram dadah jenis heroin...

Solat Jenazah Mangsa Kebakaran...

KUALA LUMPUR - Solat jenazah ke atas semua 23 mangsa kebakaran Pusat Tahfiz...

Suami Isteri Maut, Kereta...

KUALA LUMPUR - Sepasang suami isteri maut apabila kereta yang dipandu suami jatuh...

Kes Penganggur Bunuh Mahusin...

MAHKAMAH Majistret Port Dickson hari ini, menangguhkan kes penganggur yang dituduh membunuh juruteknik...

Shima Buka Warung Teringin

KUALA LUMPUR – Penyanyi yang popular dengan lagu Teringin, Shima mula berniaga nasi campur hari ini sebagai langkah menambah pendapatan.

Shima bersyukur apabila permintaan mengusahakan perniagaan kecil-kecilan di sebuah tapak berhampiran kediamannya di Damansara Damai, mendapat ‘lampu hijau’ daripada pengurusan pangsapuri berkenaan.

“Sebenarnya, hasrat untuk berniaga nasi campur sudah lama tapi kena cari tempat sesuai. Kebetulan tapak ini dekat dengan kawasan orang lalu-lalang.

“Cuma buat masa ini, jualan yang bermula jam 11 pagi hingga petang hanya untuk makanan dibawa pulang atau ‘tapau’. Bagi saya, apabila diberi ruang untuk berniaga pun saya sudah bersyukur,” katanya kepada BH Online.

Shima mengaku ini pengalaman pertama berniaga nasi campur.

“Sebelum ini, ada rakan dan ahli keluarga yang mencadangkan saya menjual nasi campur, namun ketika itu, belum cukup modal.

“Gerai yang saya namakan ‘Warung Teringin’ ini adalah juadah masakan saya sendiri,” katanya.


Antara juadah yang bakal disajikan termasuk asam pedas, asam rebus, goreng berlada, masak lemak cili api dan aneka masakan kampung lain.

Shima atau nama sebenarnya, Ku Nazhatul Shima Kamarazzaman, 49, berkata, dia sedia menerima tawaran membuat persembahan biarpun sibuk mengusahakan gerai nasi campur.

“Saya sedia terima undangan menyanyi kalau kena dengan masa dan bayaran,” katanya.

Pada era 1990-an, Shima terkenal dengan rangkaian lagu seperti Di Sebalik Sejuta Wajah, Setelah Aku Kau Miliki, Luka Dilukai dan Malam Yang Pasrah. – BH ONLINE

Kategori