Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Isu Sindir Wartawan: David...

BARU mencipta nama dalam industri hiburan, pelakon kelahiran Singapura Atikah Suhaime nampaknya sudah berani...

Israel Serang Pelabuhan Hodeidah...

TENTERA Israel melakukan serangan di Pelabuhan Hodeidah, dekat Yemen sebagai tindak balas terhadap...

Senarai 19 Nama Mangsa...

KUNDASANG - Senarai nama 19 mangsa gempa bumi di Gunung Kinabalu disiarkan di...

Manchester City Ikat Pertahanan...

LONDON - Manchester City mengikat pemain pertahanan Philippe Sandler dari kelab utama Belanda,...

Siapakah Punca Persengketaan Agama?

KUALA LUMPUR – “Persoalannya siapakah yang sebelum ini membuat dakwaan dusta tentang layanan terhadap penganut Hindu di Malaysia.”

Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, individu tersebut minggu lepas malah menuduh polis tidak menjalankan tugas dengan cara sepatutnya.

“Api persengketaan agama ditiupkan dari luar.

“Sama ada dia sengaja mengadakan cerita dusta ataupun mengambil sumber dusta dari dalaman Malaysia.

“Apakah pelampau Hindu di India juga mengutip maklumat dari sumber dusta yang sama dari negara kita?” katanya dalam satu kenyataan di Facebook malam tadi.

Mohd. Asri berkata, individu penghasut seperti itu tidak wajar wujud di Malaysia apatah lagi dalam kabinet Kerajaan Malaysia.

“Ia akan menyebabkan api sengketa agama dan kaum terus membakar! Rakyat Malaysia secara umumnya cintakan kedamaian dan keharmonian,” katanya.

Beliau sebelum ini memuji UMNO dan Pas kerana menyuarakan bantahan di Parlimen kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy yang disifatkan sebagai pengkhianat negara.


Sebelum ini, video lama Waytha Moorthy membuat dakwaan kepada negara luar Malaysia melakukan pencabulan hak asasi termasuk memaksa penganut Hindu memeluk agama Islam tular di media sosial.

Bagaimanapun, tiada tindakan diambil keatas pemimpin kerajaan Pakatan Harapan (PH) itu setakat ini meskipun terdapat petisyen rakyat keatasnya.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mempertahankan kedudukan Waytha Moorthy sebagai pemimpin kerajaan dengan menyindir petisyen itu bukan arahan untuk Waytha Moorthy lepas jawatan.

Disebalik kontroversi itu, polis menahan pengendali blog Papa Gomo kerana didakwa membuat kenyataan berbaur hasutan bagi menaikkan sentimen orang ramai berkaitan isu perkauman.

Media melaporkan, Papa Gomo memuat naik video bertajuk ‘Ini Tanah Melayu’ yang sudah ditonton seramai 327,000 pelayar dan dikongsi sebanyak 9,900 kali. – MYNEWSHUB.TV

Kategori