PADAM… Setelah berjaya ‘tipu’ generasi muda Singapura pasca-pemisahan Malaysia pada 1965, pemerintah republik itu kini bertindak lebih dahsyat dalam usaha padam sejarah negara tersebut.
Kali ini media tempatan melaporkan, pihak berkuasa Singapura semalam secara rasmi melancarkan logo peringatan sempena genap 200 tahun ketibaan Sir Thomas Stamford Bingley Raffles ‘buka’ pulau itu pada 6 Februari 1819 lalu.
Logo berbentuk geometrik tujuh bulatan yang cukup pelik dan tidak menarik itu kononnya direka khas bagi gambar evolusi Singapura daripada pulau jajahan British sehingga berkembang jadi negara maju di rantau Asia Tenggara.
Stesen penyiaran milik pemerintah, Channel NewsAsia melaporkan, melalui logo itu, rakyat Singapura diharap kenang semula kisah kemajuan dicapai sebuah negara kecil, yang dahulu lebih dikenali sebagai satu titik merah.
Bulatan di logo itu pula mencerminkan transformasi Singapura susuri jejak masa, bukan sahaja sepanjang 200 tahun lalu, malah sejak 500 tahun lepas sebagai lokasi strategik dari segi geografi dan perdagangan antarabangsa.
Malangnya, apa tidak didedahkan kepada rakyat negara itu khususnya yang lahir selepas 1965 ialah pulau seluas 722 kilometer persegi itu asalnya dibuka oleh putera raja Srivijaya berketurunan Iskandar Zulkarnain, Sang Nila Utama.
Baginda yang diberi gelaran Sri Maharaja Sang Utama Parameswara, Batara Sri Tri Buana pada 1324 dikatakan buka Singapura secara kebetulan ketika buru rusa di sebuah pulau lain sebelum ternampak pula pulau dikenali Temasek.
Baca: 15.08.1511 Kisah Tersirat Melaka ‘Dihina’ Portugis
Juga: Insafi Kisah Nasib Umat Melayu Islam Singapura
Sang Nila Utama membuat keputusan untuk lawat pulau tersebut namun dalam pelayaran ke sana, kapal baginda dipukul ribut kuat dan dimasuki air. Demi elak karam, pengiring baginda campak semua barang yang berat ke laut.
Malangnya kapal itu masih dimasuki air dan karam sedikit demi sedikit. Atas nasihat nakhoda kapal, baginda buang mahkota kerajaan yang berat ke dalam laut, dan ribut berhenti serta-merta malahan selamat berlabuh di Temasek.
Baginda mendarat di muara sungai Singapura sekarang dan menuju ke hutan untuk buru haiwan liar sebelum tiba-tiba ternampak binatang pelik yang berbadan warna merah tetapi berkepala hitam manakala dadanya pula putih.
Ia kelihatan sangat cantik dan bergerak dengan pantas hilang ke dalam hutan. Sang Nila Utama yang tergamam kemudian bertanyakan tentang haiwan itu kepada Bendahara, lalu diberitahu yang ia kemungkinan seekor singa.
Merasakan ini petunjuk baik, baginda putus untuk bina sebuah bandar baharu di Temasek dan dinamakan Singha Pura iaitu Kota Singa bersempena dengan nama binatang yang dijumpai baginda dalam perkataan bahasa Sanskrit.
Sang Nila Utama perintah Singapura selama 48 tahun dan mangkat pada 1372 dimakamkan di Bukit Larangan (kini Fort Canning Hill). Cicit baginda, Paduka Sri Maharaja Parameswara diusir Majapahit dan buka Melaka pada 1401.
Bagaimanapun, kajian terbaharu di Singapura menunjukkan singa tidak pernah pun hidup di pulau itu apatah lagi ia bukan haiwan asli di benua Asia dan apa yang mungkin dilihat oleh Sang Nila Utama ialah seekor harimau malaya.
Baca: Iktibar Dijajah Akibat Khianat Zaman Melaka
Juga: Tiada Bukti India Hindu Asal Di Malaysia!
Ironi, selepas Singapura dinyah keluar Persekutuan Malaysia, kisah lama ini sengaja dipadam dalam sukatan buku teks sejarah semua sekolah di republik itu sebagai usaha hapuskan segala warisan kebanggaan masyarakat Melayu.
Pemerintah negara itu sebaliknya mendakwa konon Raffles yang dapat jajah Singapura; hasil penipuan terhadap Hussein Mua’zzam Shah ibni Mahmud Shah Alam, konon ditabalkan sebagai Sultan Johor-Riau diiktiraf British.
Walhal apa yang berlaku, baginda sekadar jadi boneka penjajah kerana berbalah kuasa dengan adik tirinya, Abdul Rahman dilantik sebagai Sultan Johor setelah kemangkatan ayahanda mereka, Sultan Mahmud Shah III pada 1812.
Sultan Hussein dianggap pengkhianat Melayu kerana ‘gadai’ Singapura kepada British, dan hanya dibayar gaji 5,000 pound setahun, akhirnya mangkat dalam keadaan hina pada 1835 malah disemadikan di Masjid Tengkera, Melaka.
Ketika ini, PAP yang perintah Singapura sejak 1965, semakin agresif padam segala legasi imej Melayu di pulau itu termasuk tukar nama tempat kepada perkataan dalam bahasa Cina kerana konon ia kelihatan lebih antarabangsa.
Keadaan yang sama turut berlaku di Pulau Pinang apabila DAP setelah berjaya kuasai negeri di Utara Semenanjung Malaysia itu sejak Pilihan Raya Umum 2008, ubah sejarah konon Sir Francis Light buka pulau tersebut pada 1786.
Bahkan ada tokoh DAP (yang parti itu sendiri asalnya diasaskan PAP) akhir-akhir ini dakwa Kuala Lumpur dibuka Yap Ah Loy, waima pakar sejarah tempatan mengesahkan ia diwujudkan Sutan Puasa pada 1850. – Mynewshub.TV