Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Penyokong Selangor, Perak Bergaduh

KUALA LUMPUR: Isu pergaduhan dalam sukan bola sepak dilihat semakin parah dan terbaharu...

Pasangan Berusia Dicekup Khalwat...

BANDARAYA MELAKA – Kemuliaan bulan Ramadan dicemari apabila masih ada pasangan dicekup berkhalwat...

Pemandu Kren Dituduh Rogol...

KOTA BHARU - Seorang pemandu kren dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari...

Pemilik Tanah Berhak Bangunkan...

ALOR SETAR - Pemilik tanah di Bukit Perangin, Wang Perah berhak membangunkan tanah...

Singapura Harap Isu Maritim Dibincang Secara Konstruktif & Aman

SINGAPURA – Menteri Kewangan Singapura yang juga bakal Perdana Menteri republik itu telah melahirkan harapan agar kedua-dua negara dapat membincangkan isu maritim secara ‘konstruktif dan aman selaras dengan undang-undang antarabangsa.’

“Ini akan dapat memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara,” katanya dalam entri terbaru di akaun Facebooknya.

Heng yang membuat ulasan pertama berhubung isu itu menyatakan: “Malaysia adalah jiran terdekat kita. Kita mempunyai hubungan rapat antara rakyat dan rakyat. Singapura meminta kerjasama yang rapat dengan Malaysia.”

Dalam entri itu juga, beliau menggesa Malaysia menghentikan dakwaan pencerobohan kapal-kapal kerajaan Malaysia di perairan wilayah Singapura, dengan mengatakan ia adalah melanggar kedaulatan Singapura dan undang-undang antarabangsa.”

“Ini adalah perkara serius demi kepentingan negara. Kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas bagi melindungi kedaulatan dan wilayah Singapura,” katanya.

Pada 7 Dis, Kementerian Luar Singapura berkata negara itu tidak bersetuju dengan cadangan Malaysia bagi kedua-dua negara menghentikan penghantaran aset ke kawasan yang dipertikaikan.


Bagaimanapun, kementerian itu berkata Singapura “bersedia untuk membincangkan isu ini dengan Malaysia secara konstruktif dalam semangat memelihara hubungan dua hala kita yang penting.”

Dalam respons pada 8 Dis, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pertikaian antara Malaysia dan Singapura berhubung sempadan maritim akan ditangani berlandaskan peruntukan undang-undang dan hak negara.

“Banyak pihak sering membuat dakwaan mengenai sempadan masing-masing sehingga mencetuskan pelbagai pertikaian, jadi, kita akan selesaikan pertikaian ini berdasarkan peruntukan undang-undang dan hak kita,” katanya kepada pemberita. – BERNAMA

Kategori