Diringkaskankan cerita. Tidak perlulah berhujah panjang lebar atau memberi sebab-sebabnya.
Waytha Moorthy mesti disingkirkan dari Kabinet Malaysia.
Caranya :
1. Waytha Moorthy wajib meletakkan jawatan kalau beliau bermaruah. Sudah lebih 300 ribu tandatangan petisyen agar beliau meletakkan jawatan atau disingkir.
2. Jika beliau memilih untuk kekal dan buat ‘TELIGA KAYU’ atau tuli nyata beliau manusia yg benar-benar tidak bermaruah dan tidak ada harga diri langsung. Beliau hanya tembaga karat yg tidak boleh dibuat pameran. Tidak ada lebih baik kalau ada memudaratkan.
3. Ianya juga bermakna bahawa selama ini beliau hanya kejar jawatan dan masyarakat kaum india dijadikan sandaran politiknya.
Beliau buka hero kaum India tapi tindak tanduknya meletakkan masyarakat India sudah mula dipandang serong oleh kaum-kaum lain.
Beliau wajar meletakkan jawatan secara sukarela.
Beliau tidak patut meletakan YAB Perdana Menteri, Tun M dalam keadaan serba-salah.
4. Jika Waytha Moorthy degil untuk tidak melepaskan jawatan, maka YAB Perdana Menteri tiada pilihan selain mengugurkannya segera dari Kabinet. Ia boleh dilakukan secara Rombakan Kecil Kabinet.
5. YAB Perdana Menteri mesti mempamerkan Kepimpinan Melalui Tauladan yg menjadi pegangannya selama ini. Waytha Moorthy juga telah mencemar nama baik Malaysia di luar negara tiada batasnya. Andai kata orang melayulah yg melakukan perkara yg sama, pasti akan dikutuk dan sudah didakwa. Tetapi yg buruknya Melayu.
6. Waytha Moorthy juga membuat tuduhan melulu yg jijik sebagai anggota kabinet menuduh polis lambat bertindak bila berlaku pergaduhan di Kuil Sri Maha Mariamman Seacield. Kenyataan tuduhannya ini
menyebabkan kaum India mengamuk sehingga harta benda awam rosak dan seorang anggota bomba Arwah Adib Mohd Hussein terkorban.
7. YAB Perdana Menteri tiada pilihan selain dari memecat atau mengugur Waytha Moorthy dari Kabinet. Selagi ada Waytha Moorthy dalam Kabinet, maka Kabinet PH yg baru ditubuhkan selepas PRU 14 tidak ada kredibiliti, tidak bermaruah serta tidak prihatin kpd majoriti rakyat.
8. Sudahlah banyak janji PH pada rakyat tidak tertunai, malah perilaku buruk seorang anggota kabinet pun gagal diambil tindakkan.
Seolah Kabinet mainan yg tiada maruah. Kabinet retorik sahaja.
Segeralah YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir bertindak. Jangan tunggu lama-lama. Nanti Rakyat Makin Marah. Tidak perlulah rakyat terpaksa berdemontrasi.
Kini demonstrasi sudah mula menjadi budaya rakyat.
Kesianlah pd rakyat yg kini kehidupan amat-amat tertekan kerana peningkatan kos sara hidup yg dahsyat.
Sekian. Terima kasih.
Dato Paduka Dr Ibrahim Ali
Presiden Perkasa
19 Disember 2019
06.00 pm