KUALA LUMPUR – Selepas 14 tahun, penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza akan kembali beraksi di kota London pada 22 April depan sempena konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour.
Memilih lokasi yang sama iaitu Royal Albert Hall, London adalah antara empat lokasi yang akan dikunjungi Siti, 39, selain Istora Senayan, Jakarta (21 Februari), Singapore Expo, Singapura (2 Mac) dan Axiata Arena, Kuala Lumpur (16 Mac).
Berita gembira itu diumumkan penganjur konsert, Shiraz Project Sdn Bhd pada sidang media, hari ini.
Mengulas perkara itu, Siti berkata, siri konsert jelajah itu adalah antara agenda terbesar pernah dirancang sepanjang lebih dua dekad dalam industri hiburan.
“Selepas 24 tahun dalam industri muzik, saya mahu terus membina legasi karier yang akan terus diingati sampai bila-bila.
āImpian saya adalah untuk merapatkan jurang antara budaya dan bahasa menerusi muzik.
āSaya akan membawa peminat mengembara bersama muzik saya dan sudah sampai masa, dunia turut mendengar suara saya,ā katanya.
Mengulas perjalanan konsert itu, penyanyi Anta Permana itu berkata, ia berbeza dengan apa yang pernah dipersembahkannya sebelum ini.
“Disebabkan itu, saya bermula di negara jiran iaitu Indonesia dan Singapura. Selain Royal Albert Hall, pihak produksi juga sedang berbincang untuk menjelajah beberapa lokasi ikonik lain,ā katanya teruja.
Konsert itu turut menampilkan penyanyi popular Indonesia, Tulus di tiga negara pada acara pembukaan dan persembahan duet.
Sebagai pelengkap, sebuah filem dokumentari, They Call Me Siti bakal dihasilkan yang berkisar mengenai kehidupan penyanyi kesayangan ramai itu.
Tiket akan dijual mulai 26 Disember ini menerusi www.mytickets.asia. – BH Online