TAHUN 2018 sampai ke penghujungnya hari ini, selepas 12 bulan yang penuh peristiwa pahit dan manis.
Malaysia mengalami gempa politik yang mengejutkan pada 9 Mei, dan bermacam lagi peristiwa yang mengejutkan yang tidak pernah dibayangkan selama ini.
Ikuti senarai 10 peristiwa dan pencetus berita terbesar sepanjang tahun.
1. Berita terbesar
Pilihan Raya Umum ke-14 menduduki tempat tertinggi sebagai peristiwa terbesar 2018. Kekalahan Barisan Nasional dan kemenangan Pakatan Harapan yang majoriti bukan Melayu mengubah landskap politik negara.
2. Gerakan anti-Melayu
Pendedahan video ucapan M Kulasegaran selepas PRU15 oleh Mynewshub menggemparkan negara, apabila menteri PH ini menulis semula sejarah dengan mendakwa Melayu sebagai pendatang dan orang Tamil lebih awal tiba di negara ini.
3. Penyatuan Melayu
Tahun 2018 menjadi titik mula penyatuan umat Melayu, dan Kuala Lumpur pada 8 Disember menjadi saksi penyatuan ini. Seramai lebih 300,000 orang berhimpun atas semangat mempertahankan kedudukan agama Islam dan Melayu.
4. Liberal mengganas
Golongan liberal termasuk golongan seks songsang LGBT menunjukkan wajah dan suara masing-masing dengan terbuka. Mereka muncul bersama menteri kerajaan PH, membuat kenyataan menuntut pengiktirafan hasil suasana baru di bawah PH.
5. Menteri malang
Menteri Pendidikan Maszlee Malik menjadi menteri paling malang sepanjang tahun. Dari isu pegawai khas teramai, kasut hitam, kolam renang hotel untuk murid sekolah, Maszlee menjadi sasaran utama hingga menjadi sasaran trol bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Tetapi di hujung tahun, Maszlee dicabar sengit oleh Datuk Dr Mujahid Yusoff yang menulis warkah jiwang kepada ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar.
6. Menteri lawak
Menteri Kewangan Lim Guan Eng menjadi bahan lawak netizen, menyaingi Maszlee sebagai sasaran trol. Ditrol sebagai satu watak Doraemon, Guan Eng membuat lawak “salah titik perpuluhan” dan “hantam” menyenaraikan barangan dicukai SST.
7. Raja trol
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengungguli kedudukan sebagai raja trol 2018. Facebook beliau menambah pengikut sejak beliau aktif semula selepas PRU15. Kerajaan PH beberapa kali cemas dan terpaksa U-turn akibat hantaran Najib di media sosial.
8. Perpecahan PKR
Isu pertembungan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Datuk Seri Azmin Ali menjadi berita politik yang penuh teka teki. Azmin menjadi orang kuat Tun Dr Mahathir selepas PRU14. Penghujung 2018, pertembungan ini akhirnya terzahir.
9. Berita sedih
Kematian anggota Bomba Muhammad Adib Mohd Kassim akibat rusuhan di kuil Sri Mariamman di Subang Jaya mendatangkan suasana sugul seluruh negara. Sebelum itu pada Oktober, enam anggota Bomba lemas di Puchong. Tahun 2018 mencatat sejarah amat memilukan bagi anggota Bomba.
10. Rakyat tertipu
Janji-janji pilihan raya PH yang memberi harapan akhirnya terbukti palsu. Tol tidak dihapus, PTPTN mesti dibayar tanpa pengecualian, dan ramai hilang kerja. Manfaat BR1M dihentikan dan dihadkan. Klinik 1 Malaysia dikurangkan serta ditukar nama. Tetapi kerajaan PH menumpu pula untuk menjual aset Tabung Haji, dan telah menjual pemilikan Khazanah dalam IHH.
Melangkah masuk ke 2019, Malaysia akan melalui suasana lebih mencabar. Suasana sosial dan politik, dan perkembangan ekonomi akan lebih sukar bagi rakyat Malaysia.
Malah, tahun 2019 nanti, pertembungan politik yang dahsyat dijangka berlaku lagi. Bertabahlah rakyat Malaysia. – Mynewshub.tv