Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

CGN ‘Edra Baharu’ Bina...

KUALA LUMPUR - China General Nuclear Power Corp (CGN), syarikat tenaga bersih terkemuka...

1,500 Penduduk Keningau Gotong-Royong...

KENINGAU - Seramai 1,500 penduduk Keningau daripada pelbagai lapisan hari ini mengambil bahagian...

Neelofa Tak Kecil Hati...

PELAKON Neelofa tidak berkecil hati apabila ada antara peserta program Maharaja Lawak Mega...

“Awat Yang Hang Mengamuk...

PELANGGAN restoran di Parit Buntar, Perak bertempiaran apabila lelaki mengamuk dan merosakkan peralatan...

SPRM Panggil Bekas KP Berhubung Isu Pinda Audit 1MDB

PUTRAJAYA – Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad hadir di ibu pejabat SPRM di sini hari ini dipercayai bagi beri keterangan dalam siasatan berhubung pindaan laporan akhir audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau yang tiba pada 10.25 pagi sempat melontarkan senyuman serta melambaikan tangan kepada wakil media yang menunggu di lobi bangunan SPRM itu.

Dzulkifli dipercayai antara saksi yang dipercayai dipanggil SPRM bagi membantu siasatan berkenaan.

Pada 25 November lalu, Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad mendedahkan laporan akhir audit 1MDB telah diubah dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tahu perkara itu.

Antara lain Madinah mendedahkan bahawa dua perkara penting yang digugurkan dalam laporan itu ialah kehadiran ahli perniagaan yang diburu Low Taek Jho atau Jho Low dalam satu mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB serta status kewangan 1MDB.

Menurut Madinah, antara individu yang terbabit dalam pindaan itu ialah bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Shukry Salleh, bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang serta bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda.

Pada hari sama, SPRM dilaporkan berkata pihaknya sudah memulakan siasatan berkaitan dakwaan pindaan laporan itu dan akan memanggil beberapa saksi bagi memberi keterangan dan membantu siasatan.


Pada 26 November, Ambrin hadir memberi keterangan kepada SPRM bagi membantu siasatan itu.

Dzulkifli dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 1 Ogos 2016, menggantikan Tan Sri Abu Kassim.

Pada 14 Mei lalu beliau memohon untuk menamatkan jawatannya di suruhanjaya itu dan kembali bertugas di Jabatan Peguam Negara. – BERNAMA

Kategori