Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

PDRM, Sila Tangkap Ah...

Polis Diraja Malaysia sudah tidak boleh bersabar lagi dengan pihak yang menggunakan laman...

AMK Dakwa Perhimpunan #KitaLawan...

KUALA LUMPUR - Meskipun tidak mendapat sambutan, Angkatan Muda Keadilan (AMK) tetap menganggap...

LKIM Sandakan Lancar Trak...

SANDAKAN - Konsep Trak Ikan Bergerak dilancarkan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)...

Pahang Rancakkan Sektor Agro-Pelancongan

KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang akan merancakkan lagi sektor agropelancongan di beberapa kawasan...

Srikandi Sasar 200,000 Ahli Akhir 2019

PUTRAJAYA – Sayap Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyasarkan 200,000 keanggotaan menjelang akhir 2019, berbanding kira-kira 70,000 ketika ini.

Bagi mencapai matlamat itu, Ketuanya Datuk Seri Rina Harun berkata pelbagai program turun padang bagi meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap parti itu, telah dan sedang dilaksanakan di seluruh negara.

“Baru-baru ini kami menjalankan Karnival Usahawan Seribu Seri dan kami berjaya dapat 5,000 anggota baharu,” katanya pada sidang media sempena Perhimpunan Tahunan Srikandi yang dihadiri kira-kira 800 perwakilan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Ditanya mengenai penerimaan rakyat terhadap Srikandi, Rina berkata maklum balas yang diterima ketika ini lebih baik berbanding sebelum Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Mengulas inti pati perbahasan sayap parti tersebut, beliau berkata perwakilan memberi fokus kepada usaha pembangunan usahawan wanita dan pendidikan awal kanak-kanak.

“Mereka mahu usahawan wanita tidak lagi dikaitkan dengan perusahaan kecil dan sederhana sahaja, sebaliknya pergi jauh ke peringkat global,” katanya.


Rina berkata walaupun kebanyakan anggota Srikandi tidak berpengalaman luas dalam politik, namun beliau berpuas hati dengan kualiti perbahasan, lebih-lebih lagi persidangan sayap parti itu julung kali diadakan.

Mengenai kritikan rakyat terhadap kerajaan, Rina yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata kepimpinan kerajaan perlu lebih kreatif dalam melaksanakan agenda pembangunan negara dalam keadaan kewangan yang terhad.

“Sebab itu saya buat program Desa Harapan bersama syarikat korporat untuk mempercepatkan pembangunan di kampung-kampung. Asalkan kita ikhlas untuk membantu rakyat,” katanya. – BERNAMA

Kategori