Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

15,573 Kes Baharu Covid-19...

KUALA LUMPUR - Kes baharu positif Covid-19 di negara ini meningkat kepada 15,573...

Gerakan Dedah Surat Bantah...

GEORGE TOWN – Gerakan Pulau Pinang hari ini mendedahkan surat bantahan bertarikh 25...

Mahathir Sah Letak Jawatan...

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilaporkan baru menyerahkan surat peletakan...

Selesai! Anak Itu Bukan...

PERSOALAN mengenai kes wanita  yang mendakwa hamil hasil hubungan terlarang dengan seorang aktor...

Sultan Nazrin Berkenan Lantik Pro Canselor USAS

KUALA KANGSAR – Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan mengurniakan watikah pelantikan Pro Canselor Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) kepada Orang Kaya Bendahara Seri Mahajara Jeneral (B) Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin.

Sultan Nazrin yang juga Sultan Perak dan Canselor USAS berkenan melantik Mohd Zahidi sebagai Pro Canselor pertama USAS pada Istiadat Konvokesyen ke-11 universiti itu di sini.

Mohd Zahidi, 78, yang merupakan bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia memiliki Ijazah Sarjana Sains dalam Pengajian Pertahanan dan Strategik dari Universiti Quaid-I-Azam, Islamabad, Pakistan.

Beliau dilantik sebagai Anggota Dewan Negara Perak pada 25 Nov 2006 oleh Sultan Perak ketika itu, Almarhum Sultan Azlan Shah.

Pada 19 April 2014, Mohd Zahidi dianugerahkan Darjah Tertinggi Perak iaitu Darjah Kebesaran Seri Paduka Seri Sultan Azlan Shah Perak Yang Amat Dimulai yang membawa gelaran Dato’ Seri Diraja.

Konvokesyen kali ini menyaksikan buat julung kalinya USAS yang dinaik taraf sebagai universiti penuh daripada Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) pada Jun 2016 melahirkan penerima Ijazah Doktor Falsafah yang pertama iaitu Dr Ahmad Zaki Hasan yang menamatkan pengajian dalam Falsafah Usuluddin. – BERNAMA

Kategori