Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

MIC Setuju Sertai Muafakat...

KUALA LUMPUR - MIC menyatakan kesediaannya untuk bersama di bawah institusi Muafakat Nasional...

Sarawak Mohon Lebih Banyak...

MIRI - Sarawak telah memohon kepada Kerajaan Persekutuan untuk meluluskan lebih banyak sekolah...

Projek Lebuh Raya Sungai...

ALOR SETAR - Projek lebuh raya sungai yang dicadangkan di beberapa daerah di...

Jangan Sampai Berlaku Pertembungan...

KUALA LUMPUR - Peraturan mesyuarat Dewan Rakyat menetapkan Ahli Parlimen tidak dibenarkan menggunakan...

Sultan, Sultanah Kedah Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Adib

ALOR SETAR – Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, atas pemergiannya pada Isnin lepas.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Kedah Kol (K) Datuk Elmi Yusoff berkata baginda berdua amat berdukacita dan terharu atas pemergian Allahyarham dan mengharapkan keluarga anggota bomba itu tabah menghadapi ujian berkenaan.

“Baginda Tuanku Sultan Kedah berdoa ke hadrat Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan bersama golongan yang beriman,” katanya kepada Bernama hari ini.

Elmi berkata Sultan Sallehuddin turut mengambil kesempatan menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas jasa bakti serta sumbangan Allahyarham semasa berkhidmat di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).


Jenazah Muhammad Adib selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Masjid As-Saadah di Kampung Tebengau, Kuala Kedah dekat sini kira-kira 1.45 tengah hari semalam.

Muhammad Adib yang bertugas sebagai anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya disahkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 9.41 malam selepas dipercayai dipukul dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya pada 27 Nov lepas. – BERNAMA

Kategori