Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

JDT Akui Musim Depan...

KUALA LUMPUR - Johor Darul Ta'zim (JDT) mengakui pasukan itu bakal berhadapan cabaran...

JBPM Lakukan Penerbangan Ihsan...

GUA MUSANG - Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan dua...

Parti Aje Baharu Tapi...

SESUATU disembunyikan portal berita propembangkang apabila menyiarkan sesuatu laporan cenderung ke arah kepentingan...

Antara Permintaan Terakhir Adenan...

PEMERGIAN Tan Sri Adenan Satem yang telah kembali ke rahmatullah pada Rabu, bukan...

Suspek Tikam Suami Isteri Di Rawang Positif Dadah

GOMBAK – Polis mengesahkan suspek yang menikam sepasang suami isteri sehingga mengakibatkan salah seorang daripada mereka maut dalam satu kejadian di sebuah pasar di Batu 16, Rawang dekat sini semalam positif dadah jenis methamphetamine.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, ujian air kencing yang dilakukan ke atas suspek telah mengesahkan bahawa dia berada di bawah pengaruh dadah.

“Suspek yang juga merupakan jiran kepada suami isteri itu ada menyatakan ketidakpuasan hati terhadap pasangan berkenaan namun dia tidak menjelaskan dengan lebih lanjut.

“Siasatan akan diteruskan bagi mengenalpasti motif sebenar kejadian serangan tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan sepasang suami isteri diserang oleh seorang lelaki yang merupakan jiran mereka dengan menggunakan sebilah pisau sehingga mengakibatkan kematian si isteri.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.40 pagi itu, mangsa, Chong Yoke Wa, 61, cedera di perut manakala isterinya, Yap Choon Mooi, 41, disahkan mati ketika menerima rawatan di Hosptal Selayang di sini akibat tikaman pada bahagian dada.


Menurut Samsor, permohonan reman terhadap suspek telah dibenarkan oleh Mahkamah Sesyen Selayang selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 18 Disember depan. – K! ONLINE

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori