Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

AmBank Islamic Jadi Rakan...

PETALING JAYA – Lembaga Tabung Haji (TH) dan AmBank Islamic Berhad (AmBank Islamic)...

Wanita Ini Sanggup Buang...

MUNGKIN kerana inginkan perhatian, seorang wanita kembali mencetuskan kontroversi apabila memuat naik posting...

Kes Culik Remaja Perempuan,...

PANIK, takut dan bimbang. Itu antara perasaan ahli keluarga apabila mengetahui anak perempuan...

Imtiaz, Acuan Insan Duniawi...

KUALA TERENGGANU - Penubuhan Sekolah Menengah Imtiaz (Imtiaz) di bawah Yayasan Terengganu yang...

Suspek Utama Kes Bunuh Pencuri Pisang Dihadapkan Ke Mahkamah

KUALA BERANG – Seorang pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Berang hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki di Kampung Tebakang, Marang, awal Disember lepas.

Tertuduh, Ismail Mohd Don, 38, yang juga pemilik kebun pisang dituduh menyebabkan kematian Salahuddin Ismail, 42, di sebuah rumah di Kampung Tebakang pada pukul 3.15 hingga 4.45 petang 3 Dis.

Ismail yang memakai pakaian lokap berwarna oren dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.

Tiada pengakuan direkodkan oleh tertuduh.

Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda kemudian menetapkan 21 Jan hadapan untuk sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Marang.


Pendakwaaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Syazwani Zawawi. – BERNAMA

Kategori