Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

PABM 2016: Peserta AS,...

BANGI: Peserta dari Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan Australia mengulangi kejayaan...

Pemuda Palestin Mati Ditembak...

RAMALLAH - Seorang pemuda Palestin ditembak mati pada awal Khamis oleh pasukan tentera...

166 Premis Makanan Diarah...

SEREMBAN - Sebanyak 166 premis menjual makanan di seluruh negeri diarah tutup serta-merta...

PM Lee Keluar Hospital...

SINGAPURA - Perdana Menteri Lee Hsien Loong, yang menjalani pembedahan untuk membuang kelenjar...

Susunan Kerusi Parlimen Berubah Jika Benar Anggota Parlimen Lompat Parti

BATU PAHAT – Susunan kerusi dalam Parlimen berkemungkinan akan berubah sekiranya benar terdapat beberapa Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) yang mengambil keputusan untuk melompat parti.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof berkata pihaknya masih belum menerima kenyataan rasmi berkenaan tindakan Anggota Parlimen terbabit dan perubahan susunan hanya akan dilakukan apabila menerima kenyataan rasmi.

“Saya sendiri pun hanya mengetahui berita berkaitan ‘lompat parti’ ini daripada surat khabar dan beberapa media sosial, yang bukannya daripada kenyataan Ahli Parlimen yang dimaksudkan,” katanya kepada pemberita dalam Program Parlimen Outreach di Dewan Jubli Intan Batu Pahat, di sini hari ini.

Hadir sama dalam program berkenaan ialah Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang juga Anggota Parlimen Batu Pahat Datuk Mohd Rashid Hasnon, Anggota Parlimen Parit Sulong Datuk Dr Noraini Ahmad, Speaker Dewan Negeri Johor Suhaizan Kauat dan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan Ekonomi Kreatif, Sheikh Umar Bagharib Ali.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata program Parlimen Outreach yang pertama kali diadakan itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman rakyat khususnya di luar bandar berkaitan Parlimen.


“Program ini menyasarkan penyertaan penduduk Batu Pahat dan sekitarnya seperti pelajar sekolah, agensi kerajaan dan juga mahasiswa institut pengajian tinggi,” katanya lagi.

Pada 12 Dis, UMNO Sabah lumpuh berikutan pemimpin utamanya keluar beramai-ramai daripada UMNO, menyaksikan peletakan jawatan sembilan daripada 10 ADUN, lima daripada enam Anggota Parlimen dan 22 daripada 25 ketua bahagian dan pada 14 Dis, enam Anggota Parlimen daripada UMNO turut mengumumkan keluar parti. – BERNAMA

Kategori