Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pasukan Vaksin Covid-19 Disambut...

KINABATANGAN - Terletak jauh di pedalaman dan lebih 20 kilometer dari pusat pemberian...

Kawasan Lembah Kelang Rasai...

KUALA LUMPUR - Gegaran gempa bumi berukuran 5.5 pada skala Richter di Sumatera...

Keunikan Ayam Tin Kampung...

BESUT - Sesiapa sahaja yang melalui jalan utama di Kampung Lubuk Kawah, Hulu...

Lumba Unta Kembali Popular...

PERTANDINGAN lumba unta mula popular kembali di kawasan paling selatan Arab Saudi, di...

Syarikat Korporat Digesa Tunai Tanggungjawab Zakat

SHAH ALAM – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menggesa pemilik atau pentadbir syarikat-syarikat korporat supaya segera menunaikan tanggungjawab membayar zakat perniagaan mereka secara terus ke mana-mana cawangan LZS di seluruh Selangor yang dibuka setiap hari.

Ahli Jawatankuasa Operasi Kutipan Zakat (LZS), Datuk Syed Mohd Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa berkata sehingga Oktober 2018, jumlah kutipan zakat perniagaan ialah sebanyak RM108.4 juta sahaja berbanding RM132.4 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.

“Zakat anda ini adalah untuk meneruskan kelangsungan hidup asnaf pada hari-hari akan datang dan bantulah kami berkongsi rezeki serta memberikan sinar masa depan kepada kehidupan mereka,” katanya ketika majlis bayaran zakat perniagaan LZS, di Hotel Concorde, hari ini.

Sehingga Oktober tahun ini, LZS telah mengagihkan sebanyak RM565.2 juta dan dianggarkan pada 2019, keperluan asnaf di Selangor akan meningkatkan kepada RM900 juta.

Majlis bayaran zakat perniagaan itu menyaksikan LZS menerima kira-kira RM4.98 juta zakat perniagaan daripada 24 syarikat korporat.

Antara syarikat tersebut ialah Cyberview Sdn Bhd yang menyerahkan zakat berjumlah RM2 juta, Kumpulan Semesta Sdn Bhd sebanyak RM618,618.53 dan TRIpIc Berhad yang mengeluarkan zakat sebanyak RM482,718.52


Dalam majlis yang sama, LZS turut menyampaikan pelbagai jenis bantuan zakat berjumlah RM136, 918.

Tiga syarikat pengeluar zakat turut menyerahkan sumbangan di bawah program ‘Kasihku Zakat Selangor’ berjumlah RM182,000 bagi menyantuni keperluan penerima zakat di Selangor yang semakin meningkat. – BERNAMA

Kategori