Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

DPPM Desak Jeff Ooi...

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menggesa Ahli Parlimen Jelutong, Jeff...

Bongkar Isu Besar Menjelang...

SHAH ALAM - UMNO mendakwa seolah-olah sudah menjadi trend bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Selepas 10 Tahun SK...

KOTA SAMARAHAN - Selepas 10 tahun menumpang, hari ini Sekolah Kebangsaan (SK) St...

Peminat Iceland Bawa Semangat...

VOLGOGRAD - Berbekal semangat Viking, dua peminat Iceland mengembara sejauh 5,000 kilometer dengan...

“Takziah Buat Keluarga Adib, Keadilan Untuk Adib”

1. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia amat bersimpati dan sedih dengan pemergian Wira N0egara, Muhammad Adib Mohd Kassim, yang telah bertarung nyawa selama lebih tiga minggu di unit rawatan rapi IJN, kesan cedera parah akibat dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Adib.

2. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia memandang serius terhadap rusuhan yang telah berlaku, sehingga meragut nyawa insan yang tidak berdosa. Muhammad Adib, berada di tempat kejadian demi menjalankan amanah dan tugasnya tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan warna kulit.

3. Keadaan tidak tenteram ini berlaku akibat beberapa faktor. Antara faktor utama adalah cara komunikasi pemimpin Pakatan Harapan yang memburukkan keharmonian di negara ini.
Kenyataan Exco Selangor, V Ganabitirau, melalui status facebook pada 27 November 2018, mendakwa serangan ke atas kuil dilakukan oleh orang Islam. Kenyataan tersebut kemudiannya diubah dengan alasan salah tatabahasa. Keadaan diburukkan lagi apabila Menteri Perpaduan, P Waytha Moorthy, menyalahkan Polis DiRaja Malaysia yang dikatakan gagal dan lambat mengawal keadaan di kuil pada malam pertama.

4. Kenyataan sebegini hanya memburukkan lagi situasi, apabila beribu-ribu kaum India keluar beramai-ramai ke kuil tersebut dan mengadakan rusuhan. Rusuhan inilah yang menyebabkan kecederaan parah Muhammad Adib, sehingga menyebabkan kematian. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia menggesa siasatan yang adil dan telus dilakukan, termasuk memanggil kedua-dua pemimpin ini yang telah mengeluarkan kenyataan yang merobek keharmonian dan keamanan di Malaysia.

5. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia juga terkilan apabila siaran secara langsung di stesenstesen televisyen tidak peka dan sensitif kepada umat Islam kerana memanggil Allahyarham Adib sebagai “Mendiang Adib”. YB Menteri Gobind Singh Deo perlu meminta maaf di atas kekhilafan yang berlaku dan perlu memastikan keadaan sebegini tidak berlaku pada masa akan datang. Adakah pegawai-pegawai di Kementerian tidak peka kepada sensitiviti antara
kaum dan agama di Malaysia? Perlukah pegawai-pegawai yang dipilih YB Menteri diberi latihan khusus untuk menjaga sensitiviti antara kaum? Dewan Pemuda IKATAN Malaysia secara sukarela menghulurkan latihan kerana IKATAN merupakan sebuah parti berbilang kaum yang ahli-ahlinya bersikap toleransi dan menjaga adab serta tatasusila antara antara kaum.

6. Akhir sekali, Dewan Pemuda IKATAN Malaysia menyeru seluruh rakyat Malaysia bersikap tenang bagi memastikan keharmonian dan kesejahteraan di negara kira terus terpelihara. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia juga menyeru kepimpinan Pakatan Harapan bersikap lebih sensitif dan tidak cepat melatah dalam mengendalikan sesuatu situasi. Anda adalah kerajaan, bukan lagi pembangkang. Komunikasi dan kenyataan yang dikeluarkan haruslah matang, bijaksana dan adil untuk semua.


Demi Bangsa Malaysia!

Shahir Adnan
Ketua Pemuda Parti IKATAN Bangsa Malaysia
merangkap Timbalan Ketua Pemuda Gagasan Sejahtera

Kategori